Insan & Komuniti 05 Mar, 2024

Terima kasih persatuan Wanita Platinum! Bantu bayar kos perubatan wanita warga Indonesia bersalin!

@hariyati ariffin
Mantan Pensyarah Kanan , dalam bidang Kewartawanan, Penyiaran dan Komunikasi di UiTM Shah Alam.

Share this

Hospital Shah Alam


Rakyat Malaysia memang  prihatin, pemurah dan suka membantu orang lain. Tanpa mengira bangsa, keturunan, orang asing atau tempatan mereka akan mudah membantu tanpa banyak persoalan. 

Sepasang suami isteri warga Indonesia sangat terharu bila menerima bantuan kewangan daripada Persatuan Kejiranan Wanita Platinum, Seksyen 7, Shah Alam yang membantu membayar setengah daripada kos bersalin si isteri. 

Suami yang hanya dikenali sebagai Anang memberitahu, beliau sangat terharu dengan bantuan dan pertolongan daripada persatuan ini yang mengurangkan beban beliau membayar kos bersalin isterinya di Hospital Shah Alam.

Isterinya dikenali sebagai Ima memberitahu, beliau sangat sedih apabila wang yang disimpan untuk melahirkan anaknya tidak mencukupi untuk membayar kos hospital. Ini kerana suaminya kurang mendapat kerja dan mereka juga menanggung tiga lagi anak-anak yang masih kecil.  

Ima sangat risau dan meminta kenalannya warga Malaysia yang kebetulan berada di kawasan perumahan sekitar Jalan Platinum, Seksyen 7, Shah Alam untuk membantunya.  

Kenalannya telah menghubungi rakan-rakannya yang lain untuk membuat derma kilat dan dalam masa 5 jam sahaja, wang dapat dikumpul untuk membayar lebihan bayaran yang perlu dilunaskan kepada pihak hospital.


Kawasan perumahan di sekitar Jalam Platinum, Seksyen 7, Shah Alam


Anang  bekerja sebagai buruh binaan dan isterinya tidak bekerja kerana mereka ada 3 lagi anak di rumah. Mereka telah tinggal di Malaysia sejak 15 tahun yang lalu dan merasakan penduduk Malaysia memang sangat baik dan prihatin terhadap orang orang yang tidak berkemampuan seperti mereka. 

Sementara itu , menurut Ima lagi, perkara yang sangat menyedihkan dirinya ialah bila dia bersalin dan mahu meminjam wang daripada rakan-rakan senegaranya di Malaysia dan adiknya sendiri yang bekerja di Singapura. Malangnya dia telah dimarahi dan dihina. 

Beliau rasa sangat sedih, lantas meminta tolong seorang sahabat yang selama ini menjadi tempatnya mengadu nasib dan sentiasa prihatin terhadap dirinya. Ima bersyukur dapat seorang sahabat warga Malaysia yang sangat baik dan dapat membantunya. 

Beliau sangat berterima kasih pada mereka yang telah menderma kepada dirinya dan berharap Allah membalas kebaikan penderma-penderma. Baginya jasa dan budi baik penderma tidak terbalas olehnya. 

"Sememangnya saya kagum dengan keikhlasan dan keprihatin warga Malaysua yang sentiasa sudi membantu sesiapa sahaja yang dalam kesusahan tak kira warna kulit, warga asing atau tempatan katanya lagi. 

"Warga Indonesia yang sama negara juga belum tentu mahu membantu bila kita dalam kesusahan macam ni, malah dihina dan marah jika mahu minta tolong. Paling sedih adik beradik juga sampai hati tidak mahu membantu," katanya lagi. - KitaReporters

17
11
0
14
0
You will be interested