"Saya sangat gembira" adalah antara lontaran nota oleh Jennifer Lynn Lopes (Jlo) ketika dia bersetuju bernikah semula dengan bekas tunangnya, Benjamin Geza Affleck selepas putus hubungan pada 2003 kerana masing-masing tidak tahan diterjah hampir setiap detik oleh paparazi yang menghuru-harakan hidup dan menimbulkan 'ketakutan'.
Selepas empat kali gagal menemui suami terbaik, Jlo dan Affleck, seorang duda, bernikah senyap-senyap di sebuah gereja kecil di Las Vegas pada jam tengah malam 16 Julai 2022. Kedua-duanya menitiskan air mata tidak percaya mudahnya untuk melafaz ikrar. Jlo dilaporkan dua kali bertukar pakaian berwarna putih.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Ben Affleck
Mereka memberitahu sampai di gereja itu dan beratur untuk giliran dalam acara bernikah 'beramai-ramai' itu.
Portal Malaymail online melaporkan mereka tidak sangka selepas dua dekad rupa-rupanya jodoh masih ada, utuh tidak ke mana-mana pun, akhirnya menyatukan mereka dalam suasana santai apabila Allfeck hanya bertukar baju pengantin dalam bilik air berwarna merah jambu (pink)!
Affleck menunjukkan bilik bertukar baju pengantin
Jlo kini dikenali sebagai Jennifer Lynn Allfeck, nama yang menjadi impiannya sejak 2003 sekiranya mereka berkahwin pada tahun itu.
Berita perkahwinan pasangan itu disambut baik oleh bekas isteri Affleck, Jennifer Garner (Jenner Garner) yang memuat naik gambarnya sedang bersukaria di pusat peranginan Lake Tahoe, di California.
Dia juga sudah tahu hasrat mereka kali ini berjaya selepas Affleck memberitahu anak-anaknya dan dua anak mereka berada dalam majlis bapanya.
Jlo dikatakan mahu berkahwin segera selepas bertunang kali kedua dengan Affleck pada 8 April 2022 dengan sebentuk cincin bernilai AS410j (RM49j) ketika 'suasana cinta masih hangat membara'.
Bertemu dan bertunang sebelum putus di tengah jalan dan kembali bersama selepas membintangi filem Jersey Girl, cinta kali ini kembali bertaut dengan cepat apabila masing-masing cuba memahami tugasan mereka dengan saling menghadiri acara membabitkan Affleck dan Jlo.
Ini termasuk bercuti bersama ke Itali, menziarahi keluarga masing-masing dan hadir meraikan acara anugerah hiburan.
Pada 23 Mac 2022 bersama anak Jlo, Emme,14, dan anak bongsnya, Sameul, 9, Ben hadir memberi sokongan ketika Jlo menerima Icon Award dalam acara iHeartRadio Music Awards di Los Angeles.
Tiga bulan saja bercinta lantas mereka mengunjungi sebuah gereja yang ada khidmat kahwin pandu lalu di Las Vegas untuk melafazkan ijab kabul mahu hidup bersama sampai mati dengan sehati dan sejiwa. Khidmat kahwin di gereja kahwin seperti ini pernah digunakan Britney Spears berkahwin dengan suami pertamanya, Jason.
Agensi AFP pula melaporkan Jlo, 52, dan Affleck, 49, bertunang pada 8 April 2022 lalu bila Ben memberikan cincin bernilai RM40 juta (AS$10j) dan ini adalah perkahwinan keempat Jlo dan yang kedua bagi Affleck.
Mereka dikatakan sedang mengintai rumah agam bernilai RM222 juta (AS$50j) untuk menempatkan anak-anak mereka seramai lima orang.
Jlo pernah berkahwin Ojani Noa, penari Cris Judd dan penyanyi Marc Anthony yang mendapat anak kembar Max dan Emme, 14 tahun. Affleck pula pernah berkahwin dengan bekas pelakon siri drama televisyen, Alias, Jennifer @ Jenner dan mendapat Violet, 16, Seraphina, 13, dan Samuel, 10.
Kini Jenner juga sedang berbahagia berkasihan dengan John Miller sejak 2018 sebaik saja bercerai dengan Affleck. Jenner turut kembali ke lokasi penggambaran. Bagaimanapun, percintaan Jenner saja tidak dihebohkan kerana kekasihnya adalah usahawan ternama.
Punca perceraian Affleck kerana dilaporkan bermain kayu tiga dengan pengasuh anaknya yang menjadi asabab kepada perjalanannya kembali ke destinasi cinta awalnya dengan Jlo.
Affleck dan Jlo kali pertama bertentang mata ketika membintangi filem Gigli pada December 2001. Walaupun filem itu tidak 'laku' mereka pula saling jatuh cinta di lokasi. - KitaReporters