Terdapat sejumlah orang yang begitu sayang dengan haiwan tertentu yang dipelihara. Sehjngga ada yang sanggup melayan haiwan peliharaan itu seperti anak sendiri, diberi susu formula, pakaian dan dibawa berjalan-jalan.
/
Dia dilaporkan menjadikan seekor anak kambing biri-biri jantan (disebut cempe di Indonesia) yang diberi nama Momot Cemot yang berusia kurang setahun seperti anak kandung sendiri.
Ia menarik perhatian orang ramai dan Irna membenarkan sesiapa yang hendak menyentuh dan bermain dengan anak biri-birinya itu.
Menyentuh mengenai Cemot, rasa sayangnya begitu mendalam dan berhasrat untuk menjaganya sehingga dewasa dan tidak bercadang untuk menyembelihnya nanti.
Minat untuk membela anak biri-biri bermula kerana suaminya Heri Prayitno adalah pengusaha penternakan kambing dan biri-biri bernama Rararifarm.
Momot Cemot adalah biri-biri kacukan jenis Texel dan Gibas dan mempunyai sifat manja yang menggeramkan sesiapa yang melihat. Irna dan
Cemot menjadi tular setelah video kegiatan mereka berjalan-jalan dimuat turun dalam TikTok @ Rararifarm dan turut disebar luas oleh sejumlah media sosial, media cetak dan elektronik di Indonesia. - KitaReporters