Insan & Komuniti 26 Dec, 2024

Mencari pakej umrah ekonomi? As Safa tawar pakej murah dan premium! Dengan lebih 30 tahun pengalaman!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

Jemaah mengikuti program ziarah sepanjang umrah.

As Safa Travel & Tours menawarkan pakej ekonomi kepada jemaah Malaysia khususnya dan negara jiran amnya yang ingin menunaikan umrah menerusi inisiatif pakej ekonomi yang tidak membebankan dengan harga pakej yang bermula dengan RM5,990.

Pengasas As Safa Travel & Tours yang juga Pengarah Eksekutif, Ustaz Md Roslan Mohammad Jaafar ketika dihubungi berkata, pakej ini dilancarkan oleh pihaknya memandangkan ramai jemaah yang menghubungi dan mencadangkan kepada beliau supaya menimbangkan pakej yang membolehkan mereka menjejakkan kaki ke Tanah Suci dengan harga yang termampu.

"Saya yakin dengan harga mesra poket ini pastinya membolehkan ramai jemaah yang dapat menunaikan umrah nanti," sambung beliau lagi.


Pakej ekonomi yang ditawarkan untuk bakal jemaah.


Melalui pakej yang ditawarkan ini, jemaah akan diberi tiket penerbangan pergi dan balik kelas ekonomi, penginapan seperti terjadual, mutawif yang akan bersama jemaah di KLIA, Jeddah, Mekah dan Madinah. Manakala makan (fullboard) juga disediakan di Madinah selain daripada ziarah di Mekah dan Madinah.

Pihak As Safa Travel & Tours juga menyediakan insurans berkumpulan, visa umrah individu, air zamzam dan beg sandang dari syarikat.

Dalam pada itu, jemaah juga boleh memilih pakej Umrah Standard atau Premium yang menawarkan beberapa keistimewaan lain.


Jemaah umrah juga diberi pilihan pakej lain selain daripada pakej ekonomi.


Ustaz Md Roslan menambah pakej ekonomi yang ditawarkan ini diambil kira dengan permintaan jemaah yang tidak mahu pakej makan di Mekah kerana ingin makan di kedai-kedai makan berhampiran Masjidil Haram.

Bagi mereka yang pernah ke Mekah pastinya lebih selesa makan d ideretan kedai makan berhampiran masjid kerana harganya juga tidak mahal dan tidak terkejar-kejar ke hotel dan berulang alik dari hotel ke masjid semata-mata untuk pakej makanan. 

"Lebih baik menumpukan masa dengan beribadah dan sempurnakan solat lima waktu di masjid,” katanya.

Beliau menegaskan hukum umrah adalah diwajibkan ke atas setiap Muslim yang berkemampuan dan memenuhi syarat-syaratnya.

Katanya, Allah menjemput seluruh manusia yang masih hidup untuk ke Mekah dan beliau pula menekankan kepentingannya kepada semua atas dasar amanah.

“Malah mereka yang telah meninggal dunia dan tidak sempat untuk menunaikan umrah, waris wajib tunaikan badal umrah dan haji andai berkemampuan,” katanya lagi.


Ustaz Md Roslan Mohammad Jaafar (tengah) pada majlis sidang media yang diadakan.


Memegang prinsip “Pergi Selamat, Pulang Selamat”, As Safa menumpukan kepada memastikan pengalaman perjalanan pelanggan dipenuhi dengan keselesaan, keselamatan, dan ketenangan rohani.

Ustaz Md Roslan telah menguruskan haji dan umrah selama lebih 30 tahun dan menerima panggilan ke Tanah Suci lebih 30 kali sama ada ketika berkhidmat dengan Tabung Haji Travel mahupun syarikat-syarikat lain.

Dengan pengalaman itu, dia bertekad untuk memperkukuh jenama As Safa sebagai peneraju dalam perkhidmatan perjalanan umrah dan haji di Malaysia menerusi Pakej Umrah Ekonomi 2025, Pakej Premium dan Badal Haji.


Antara jemaah yang mengikuti umrah baru-baru ini.


As Safa Travel & Tours turut menawarkan Pakej Premium bermula serendah RM9,890 berserta tawaran Haramian Train secara percuma dan Badal Haji bermula RM5,500.

Namun Badal Haji hanya terhad kepada 50 orang mengikut kapasiti petugas yang berada di Tanah Suci Mekah.

“Dengan harga di bawah RM10,000, jemaah dapat menikmati kemudahan dan keselesaan di mana hotel berjarak dekat dengan masjid. Malah kami sediakan perkhidmatan tren secara percuma. 

Walaupun pihaknya tidak menjanjikan bulan dan bintang, namun apa yang ditawarkan, itulah yang akan dinikmati jemaah apabila menunaikan umrah nanti.

“Selain Badal Haji, kami juga sediakan perkhidmatan Badal Umrah buat mereka yang mahu menunaikan ibadah umrah buat keluarga yang telah meninggal dunia,” tambahnya lagi.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pakej-pakej yang ditawarkan ini boleh menghubungi talian 0132494033 (Ustaz Ahyat). - KitaReporters


As Safa Travel & Tours sentiasa mendapat perhatian daripada organisasi atau individu kerana pengalaman 30 tahun oleh pengasasnya.


Md Roslan (depan) ketika membawa jemaah haji.

10
14
0
14
0
You will be interested