Insan & Komuniti 28 Aug, 2024

Video| Lucu tapi berkesan! Cara unik belajar mengaji! Anggota tentera ada cara tersendiri ajar anak!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Mengajar anak-anak membaca muqaddam menjadi cabaran dan mengundang kesabaran bagi guru mengaji. Pelbagai karenah dilaku oleh kanak-kanak terutama yang berusia di bawah tujuh tahun ketika mengaji. 

Ada yang malas atau masih merangkak-rangkak membaca. Ia memerlukan kesabaran tinggi guru mengaji dan perlu kreatif menggunakan kaedah tersendiri untuk memudahkan si kanak-kanak dapat menguasai 30 huruf hijaiyah dalam muqaddam.



Seorang anggota tentera Indonesia mempunyai cara tersendiri dalam mengajar anaknya menguasai 30 huruf hijaiyah itu. 

Video cara unik dia mengajar anaknya membaca muqaddam tersebut dimuat naik dalam akaun TikTok @mom_choco dan sudah ditonton lebih 1.7 juta kali.

Video tular ini memperlihat bagaimana si anggota tentera ini melakukan proses belajar mengaji yang menjadi lebih mudah dimengertikan sehingga anak perempuannya dapat lebih cepat memahami dan mempraktikannya.


"Ini (huruf hijaiyah) kayak kail pancing namanya Lam, Lam, Lam. Ini ada kakinya panjang ke bawah namanya Mim, Mim, Mim. Ini kayak mangkok ada titik di atas namanya Nun, nun, nun," kata si bapa itu dan diikuti anaknya.

Walaupun cara mengajarnya agak lucu, namun ramai netizen yang memuji cara dia mengajar mengaji.

Cara mengaji ini mengingatkan kita kepada filem legenda ‘Pendekat Bujang Lapok’ arahan Tan Sri P Ramlee pada 1959. 

Dalam filem itu anak Pendekar Musrar, Rosnah (lakonan seniwati Roseyatimah) sebagai guru terpaksa melayan karenah pelajar-pelajar tua buta huruf di Sekolah Umum Buta Huruf di Kampung Pinang Sebatang. Pelbagai situasi lucu berlaku. - KitaReporters


17
10
0
10
0
You will be interested