Insan & Komuniti 20 Dec, 2024

Video| Terima kasih orang baik! Ramai lega! Anjing jalanan ditangkap PBT dihantar ke tempat selamat!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


Antara isu sensitif yang sering mendapat perhatian di Malaysia ialah pengurusan haiwan jalanan seperti kucing dan anjing oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). Hal ini sering diperdebat oleh masyarakat, pencinta haiwan dan PBT.

Bagi pencinta haiwan, makhluk Allah SWT itu juga berhak hidup di muka bumi ini. Manakala bagi masyarakat pula, anjing jalanan sering mendatangkan masalah dan berbahaya terutama kepada anak-anak kecil. Manakala PBT pula tersepit antara aduan masyarakat dan pencinta haiwan.



Namun, kerja tetap kerja. PBT perlu mengikut Tatacara Operasi Piawaian (SOP) yang telah ditetapkan. Namun, kaedah tangkap dan bunuh yang diguna pakai oleh sesetengah PBT mengundang kecaman oleh para pencinta haiwan. Ia dianggap kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Kaedah ini meninggalkan satu stigma negatif terhadap pencinta haiwan dan masyarakat yang prihatin dengan keadaan haiwan jalanan. Disebabkan ini juga mereka tidak lagi menaruh kepercayaan kepada PBT berkenaan pengurusan anjing jalanan.



Sungguhpun begitu, tidak semua PBT bertindak sedemikian. Ada yang benar-benar menyelamat dan memberi penempatan baharu, selamat dan selesa untuk haiwan jalanan yang ditangkap. 

Inilah yang cuba dijelaskan oleh sebuah pusat perlindungan haiwan terbiar atau jalanan di Kedah menerusi akaun TikTok dikenali sebagai Pak Mie Shelter.

Menurut admin Pak Mie Shelter, pusat perlindungan haiwan itu bekerjasama dengan PBT dalam menguruskan anjing-anjing jalanan. 

Setelah ditangkap PBT, haiwan berkenaan akan bawa ke Pak Mie Shelter sebelum divaksin dan dimandulkan. Kemudian barulah anjing-anjing ini dibuka untuk pengambilan oleh keluarga angkat (adopt) atau baharu.



Video yang dikongsi turut mendapat reaksi daripada netizen. Rata-ratanya berterima kasih dan meluahkan rasa lega kerana anjing-anjing tersebut dibawa ke tempat selamat dan tidak dibunuh.



“Bagusnya ada kerjasama macam ni. PBT pun senang nak buat kerja. Tangkap dan letak di tempat yang sepatutnya,” tulis salah seorang netizen.

Berdasarkan video yang dikongsi, kelihatan anjing-anjing berada dalam keadaan sihat dan gembira. Malah mereka juga teruja menerima kehadiran rakan-rakan baharu. Tempatnya juga bersih dan luas.



“Terima kasih kerana memberi peluang kedua kali untuk mereka hidup dan semoga Tuhan permudah segala urusan anda sekalian,” kata netizen lain. - KitaReporters


13
7
0
18
0
You will be interested