Insan & Komuniti 04 Sep, 2024

Syukur! 6 pekebun kecil di Bekok lega! Masalah 7 bulan tidak dapat bawa keluar hasil kebun selesai!

@mohamed sa'ari
Berpengalaman sebagai jurufoto media dan still filem selama lebih 30 tahun. Pernah menjadi videographer untuk industri filem tanah air dalam tahun 90an. Terakhir sebagai stringger akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo.

Share this

Tan Chong (duduk tengah) bergambar bersama semua pihak berkepentingn dan pekebun terjejas selepas mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan masalah tiada jalan untuk membawa keluar hasil kebun yang dialami pekebun kecil di Bekok, Johor.


Keadaan tebing sungai yang terhakis menyebabkan jalan ke kebun penduduk menjadi sempit dan tidak boleh dilalui kenderaan untuk membawa keluar hasil pertanian. 


Masalah yang dihadapi enam orang pekebun kecil kelapa sawit dan durian di Bekok, Johor yang tidak dapat mengeluarkan hasil kebun mereka sejak tujuh bulan lalu bakal berakhir dalam masa terdekat selepas perbincangan semua pihak terbabit berjaya mencapai kata sepakat apabila mereka dibenarkan membuat laluan baharu di bawah jambatan BRV 20 landasan berkembar kereta api elektrik  Gemas- Johor Bahru  dengan dengan pembiayaan sendiri pada 3 September 2024 lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekok, Tan Chong berkata, masalah yang dihadapi pekebun tersebut bermula apabila laluan atau jalan kebun yang dibenarkan oleh pihak Kementerian Pengangkutan (MOT) bersebelahan landasan projek kereta api tersebut yang juga bersebelahan sungai tidak boleh dilalui lagi akibat hakisan serta runtuhan tebing sungai tersebut.

"Sebelum permbinaan projek landasan tersebut, jalan yang digunakan pekebun sebelum ini kedudukannya tidak terlalu hampir dengan tebing sungai, namun jalan tersebut selama ini rupa-rupanya berada di dalam kawasan rizab projek tersebut dan terpaksa diganjak menghampiri tebing sungai bagi memberj laluan perlaksanaan projek tersebut.

Kawasan bawah jambatan landasan berkembar kereta api elektrik Gemas-Johor Bahru yang akan dijadikan laluan baharu untuk kegunaan pekebun.


"Namun selepas berlaku runtuhan tebing sungai, jarak yang tinggal terlalu sempit dan tidak lagi mencukupi untuk digunakan sebagai jalan untuk dilalui kenderaan seperti lori mahu pun kenderaan pacuan empat roda kerana berbahaya untuk dilalui," katanya kepada pemberita selepas majlis peebincangan khas dengan semua pihak berkepentingan di Pejabat MCA Bekok pada 3 September 2024 lalu.

Selain pekebun kecil terlibat, turut hadir ketua sesi perbincangan serta tinjauan kawasan tersebut adalah jurutera Jabatan Parit dan Saliran (JPS) Segamat, jurutera Janatan Kerja Raya (JKR)  Segamat, wakit Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), wakil RAC, wakil SIPP-YTL dan Penghulu Mukim Bekok,

Menurutnya, pekebun kecil terlibat pada mulanya memohon pembinaan jalan baharu yang melibatkan kerja-kerja membaik pulih tebing sungai yang terhakis dilokasi berkenaan, namun melalui tinjauan serta perbincangan yang dilakukan, pihak berwajib mendapati terdapat banyak kekangan untuk melaksanakan projek yang dimohon oleh pekebun itu.

Pegawai JPS Daerah Segamat meninjau keadaan tebing sungai yang terhakis.

Salah seorang pekebun terjejas menerangkan sesuatu kepada pagawai JPS Daerah Segamat, Johor ketika tinjauan ke kawasan terbabit.


Sehubungan itu demi kepentingan pekebun kecil terlibat, satu keputusan menang-menang bagi semua pihak telah dicapai melalui perbincangan tersebut di mana pihak JPS, MOT dan SIPP-YTL telah bersetuju membenarkan pekebun membuat laluan baharu melintasi bawah jambatan landasan kereta api dengan pembiayaan sendiri dengan syarat tidak menganggu sistem saliran sedia ada di sekitar landasan tersebut.

"Melalui pemerhatian saya, pekebun hanya perlu meletakkan beberapa culvert di saliran longkang landasan sedia ada selain menambak batu crusher run di laluan baharu yang dicadangkan sebelum boleh digunakan untuk mengangkut hasil pertanian mereka keluar dengan menggunakan hanya lori satu tan.

"Bagi memastikan jalan tersebut tidak dilalui kenderaan berat yang dikuatiri boleh memberi kesan kepada sistem saliran landasan tersebut, satu besi penghadang  yang mempunyai ketinggian sesuai untuk dilalui hanya lori kecil akan dipasang sebaik jalan tersebut siap nanti," katanya. - KitaReporters

Kawasan dahulunya  jalan yang digunakan pekebun untuk ke kebun kini bertukar semaak samun selepas tidak boleh dilalui lagi.



Tan Chong (kiri) turun padang meninjau masalah dihadapi pekebun kecil di Bekok, Johor yang tidak dapat mengeluarkan hasil kebun akibat tiada jalan keluar sejak tujuh bulan lalu.

3
11
0
6
0
You will be interested