Insan & Komuniti 22 Sep, 2023

Video| Ronaldo bukan setakat pemain bola termahal! Pemilik hotel mewah, restoran eksklusif, gimnasium!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this



KADAR sewa satu malam ialah RM870 hingga RM1,740 (£150-£300) dan bilik suite pula ditawarkan dengan harga £1,000 (RM5,801) jika anda ingin menginap d Hotel Pestana CR7 di Marrakesh, Maghribi milik Cristiano Ronaldo, pemain bola sepak popular dunia dari Portugal yang kini sudah menetap di Arab Saudi.

Anda boleh pilih daripada 189 bilik itu, hotel empat bintang dan di sini anda ada banyak pilihan termasuk bersiar-siar dalam jarak 1.4 kilometer saja daripada taman menara yang memaparkan keindahan alam semula jadi pergunungan Altas dan masjid purba iaitu Masjid Koutoubia yang dibina pada abad ke-12.



Apabila gempa bumi melanda Maghribi pada  8 September 2023, ada akhbar tempatan melaporkan Ronaldo menawarkan Hotel Pestana CR7 di Marrakesh itu sebagai pusat perlindungan kepada mangsa bencana alam yang membuatkan ramai yang teruja dan kecoh seketika dalam media sosial. 

Namun tidak lama kemudian kenyataan akhbar tempatan itu dinafikan jurucakap hotel. 

Dalam emelnya kepada Reuters memberitahu, kawasan mereka tidak terbabit dalam mala petaka dan hotel itu berniaga dan membuka tempahan biasa untuk percutian spa dan menawarkan gaya hidup serba mewah.

Jurucakap hotel yang dilaporkan oleh agensi Reuters, menafikan pihaknya menyediakan kemudahan itu sebagaimana diviralkan dalam talian dan mendapat 27,000 reaksi serta dikongsi lebih 737 kali.


****  Pestana Cr7 Marrakech Hotel Marrakesh Morocco

Bilik mewah untuk beradu


Pestana Cr7 Marrakech Hotel Marrakesh


Pestana Cr7 Marrakech Hotel Marrakesh

Mewahnya sajian Timur Tengah.


Pestana CR7 Lifestyle Hotels jenama perkongsian antara pengerusi Pestana Hotel Group dan pemiliknya Dionisio Pestana bersama Ronaldo pada Julai 2016. Jenama itu dilancarkan di Marrakesh 2018.

Pestana CR7 Marrakesh di Maghribi itu salah satu daripada rangkaian hotel  yang ada di beberapa negara termasuk Pestana CR7 Gran Vía di Madrid, Sepanyol; Pestana CR7 Times Square di New York, Amerika Syarikat; dan Pestana CR7 di Lisbon, Portugal.

Cristiano Ronaldo pernah membayar sewa hotel hampir RM1.3 juta (£250,000) ketika menginap di hotel mewah di Riyadh, Arab Saudi pada Februari 2023, selepas meninggalkan kelab Manchester United untuk bermain dengan kelab Al-Nassr dengan mengikat kontrak pada 30 Disember 2022.

Kelab itu menawarkan laba lumayan yang menambahkan hartanya sebanyak RM102.6 billion (£177 juta) dan mengiktiraf dia sebagai pemain termahal dalam sejarah bola sepak



Siapa Ronaldo?  Budak yang bernama Cristiano Ronaldo dos Santos Aveiro, seorang anak miskin dari daerah Funchal, Madeira,  Portugal dilahirkan  pada 5 Februari 1985.

Hampir saja dia digugurkan kandungan oleh ibunya, Dolores Aveiro, kerana tidak mampu memberi makan keluarga dengan kerja sebagai tukang sapu merangkap tukang masak. 

Anak bongsu dari empat beradik, dia tiada masa depan dan satu-satunya kerjaya yang dia fikir masa itu ialah menjadi nelayan. Lebih lara lagi, dia terpaksa berdepan dengan bapanya, kaki pemabuk yang menganggur selepas pulang perang di Angola dan Mozambique.

Kini memiliki kekayaan $690 juta (RM332.1bilion) menerima gaji $62 juta (RM290 juta) dengan pendapatan bulanan $5 juta (RM32 juta). Ronaldo dikenali kerana memuja ibunya dan mempunyai teman wanita Georgina Rodríguez. anak-anak tetapi enggan berkahwin.




Pada usia 18 tahun, dia mengikat kontrak dengan Manchester United, menang  FA Cup kemudian menang lagi tiga kali Liga Perdana England, Liga Juara-Juara (Champions League) dan Piala Dunia FIFA.

Ketika usia 23, dia muncul juara, menerima anugerah pemain bola terbaik - Ballon d'Or dan masa itu juga terbabit dalam pemindahan pemain dengan menandatangani kontrak bersama Real Madrid pada 2009 - Pemindahan pemain termahal masa itu yang bernilai  €94 juta (RM545.3 juta.) 

Bagaimanapun, Cristiano kembali semula Man United apabila tamat kontrak dengan Real Madrid dan mencipta kejayaan dengan pasukan Juventus, Itali.

Maklumat Google pada 15 Mac 2023, mencatatkan Ronaldo diikat sebagai bintang termahal dengan jenama Nike dan menerima bayaran RM4 bilion ($1 bilion) sepanjang hayat. 

Selain hotel mewah, Ronaldo memiliki gimnasium, bisnes minyak pewangi dan koleksi fesyen menggunakan namanya yang turut dijual di kampungnya.

Bagi budak yang dibuang sekolah kerana melemparkan kerusi pada gurunya, dia dikenali sebagai pemain serba boleh dengan skil terhebat selepas Pele dan Madonna - pintar menggelecek bola, kelajuan luar biasa dan cara menjaring bola ke gol yang sangat licik.

Dan kini Ronaldo menerusi syarikat dimiliki bersama Rafael Nadal, Mabel Hospitality Group sudah membuka restoran barunya, Tatel di lokasi Valencia bersama dengan Ibiza, Beverly Hills, Doha dan Madrid pada 15 Jun 2023.



Cristiano merupakan duta pertubuhan amal, Save the Children, Unicef dan World Vision. Dia menjual Ballon d'Or pada 2013 pada harga RM37.4 juta ($800,000) bagi mengisi tabung Make-A-Wish Foundation untuk kanak-kanak penyakit kritikal. 

Dia turut menjual anugerah European Golden Boot pada 2011 ketika menjaringkan 40 gol di bawah seliaan Jose Mourinho, mendapat RM7.4 juta (S1.6 juta) bagi membina sekolah di kawasan perang Gaza, Palestin.

Tidak lupa menerusi ejennya, Jorge Mendes menyumbang sebanyak RM6.32 juta ( $1.35 juta) membantu negaranya menangani pandemik Covid dan 50 peratus lagi bayaran kelayakan memasuki piala Euro 2020 untuk membantu penghidap Covid-19.

Bila  Cristiano berpindah ke Arab Saudi pada 2023 untuk menyertai kelab Al-Nassr (bermaksud kejayaan dalam bahasa Arab), pengikut Instagramnya naik mendadak dari 800,000 kepada lebih 14 juta.

Cristiano seorang yang sempurna dan memerlukan pasukan yang kuat dan dia sudah tidak hairan dengan macam-macam gelaran yang diberi padanya. 

"Saya tak kisah orang benci saya kerana itu memberi lonjakan pada kerjaya saya," tegasnya. - KitaReporters

13
9
0
8
0
You will be interested