Insan & Komuniti 04 Sep, 2023

Video| Ikhtiar Noriah Awang! Buka peluang belajar menjahit! Sumber pendapatan untuk diri, keluarga!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this


Noriah Awang (baju hijau) pemilik Busana Noriah sedang mengendalikan bengkel jahitan.

Busana Noriah menawarkan kursus bagi melatih golongan belia, ibu tunggal, suri rumah, kelab, persatuan dan syarikat terutama di utara tanah air untuk mempelajari bidang jahitan dan menjadikannya juga sebagai sumber pendapatan keluarga.

Pemiliknya Noriah Awang yang membuka Busana Noriah di Bandar Darul Aman, Jitra berhasrat untuk membuka peluang kepada penduduk negeri ini mahupun mana-mana negeri di utara tanah air untuk menceburkan diri dalam bidang jahitan ini.

“Pengalaman dan kemahiran yang saya miliki ini harus dikongsi oleh semua pihak dan saya ingin melihat anak didik saya ini bermula di rumah dan menjadikannya sebagai sumber pendapatan untuk keluarga atau organisasi juga satu hari kelak," ujarnya ketika ditemui.


Mesin jahit yang dimilikinya memudahkan bengkel dijalankan.

Kemahiran belajar ini akan dibimbingnya bersama staf lain agar peserta yang menyertai dapat belajar menjahit dari awal dan menyiapkannya dalam masa tiga hari sahaja.

Bagi memastikan kursus ini berjalan lancar sama ada di busananya atau mana-mana lokasi penganjur mereka akan membawa bersama peralatan mesin jahit dan kain juga akan disediakan untuk mengikuti kursus ini.

Matlamat kursus ini ialah untuk melahirkan masyarakat yang berilmu, berkemahiran dan mempunyai daya kreativiti tinggi dan dapat menjana ekonomi keluarga juga.

“Pakaian tidak seperti produk atau jualan barang basah yang lain, oleh itu modal juga bukan satu masalah kerana mereka yang ingin menyiapkan pakaian pastinya akan mengunjungi tukang jahit dengan membawa kain dan hanya menempah pakaian sahaja,” sambungnya lagi.


Peserta sedang belajar membuat Polar.
Kaedah mengendalikan mesin juga diajar.

Anak kelahiran Tanjung Piandang, Parit Buntar yang sentiasa mendapat tempahan pakaian dan menjadi tumpuan jenis pakaian sedondon keluarga terutama musim perayaan dan majlis rasmi ini melangkah ke hadapan untuk menganjurkan kursus jahitan lelaki dan perempuan ini.

Noriah berkata, kalau sebelum ini dia diamanahkan untuk melatih dalam kalangan pensyarah-pensyarah kolej dalam bidang jahitan kini tiba masanya untuk memperluas kumpulan sasaran ini kepada masyarakat untuk membantu ekonomi mereka.

Antara modul yang akan diperkenal nanti bermula dengan kelas polar, potongan, jahitan sehingga memperagakan jahita yang disiapkan itu.

Pastinya dengan pengalaman perniagaan sejak 1977 itu Noriah dapat membimbing mereka bukan sahaja dalam bidang jahitan malah sehingga berjaya menjadi usahawan kelak. - KitaReporters



Noriah bergambar dengan peserta yang menyertai bengkel jahitan.

15
13
0
13
0
You will be interested