Insan & Komuniti 23 Dec, 2021

Video| Rahmat banjir! Serlah konsep aspirasi Keluarga Malaysia! Rakyat bersatu, saling membantu!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this




MALAYSIA! Bagaikan satu jeritan untuk sang juara

Cara kerjasama rakyat berbilang bangsa negara dalam menangani kesusahan ditimpa banjir dan menerima ujian itu dengan cara tenang, ceria dan selamba menjadikan aspirasi kerajaan membentuk Keluarga Malaysia tercapai dan membuat pelayar media sosial seluruh dunia sangat kagum. 

Sebagai tanda simpati dan rasa sayang saudara Muslim rakyat negara termasuk dari Syria dan Palestin mengutuskan doa memohon kesejahteraan dan perlindungan dan pendakwah sangat gembira dan teruja kerana sikap itu hanya dapat dilihat di negara ini saja. 


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan banjir




Malah pemilik gedung Mydin, Datuk Wira (Dr) Amer Ali Mydin turut menghalalkan pelanggannya yang 'memecah masuk' kedai Mydin Mart di Taman Sri Muda di Shah Alam pada 18 Disember 2021 lalu seolah-seolah menyahut seruan memberi makan kepada keluarga besar Malaysia. 

Beliau dalam satu kenyataan berkata tidak pernah menyokong orang mencuri tetapi memahami dalam keadaan banjir ini, orang tiada pilihan dan terpaksa melakukan perbuatan itu demi kelangsungan hidup. 

Mydin menanggung kerugian jutaan dan menghalalkan perbuatan kerana bantuan lambat tiba dan memohon supaya Allah melindungi rakyat dan negara.



Kredit foto: FB Ustazah Asma' Harun


Dua tiga hari ini, TikToK menjadi media rasmi negara melaporkan kisah suka duka banjir apabila pelayarnya memuat naik suasana banjir di tempat tinggal atau mereka sendiri menjadi mangsa. 

Di sebalik kesusahan, banyak juga video santai mencuit hati dengan gelagat daripada menyelamatkan seekor anjing, biawak, buaya dan ikan yang terlepas dari kolam sehinggalah sukarelawan mendukung seorang warga emas lumpuh yang  hampir ditenggelami air.

TikTok turut menyiarkan netizen yang memuat naik supaya menyokong Petronas, Sunway Lagoon, Top glove dan Pharmaniaga antara pihak yang "sising lengan baju" membantu menyediakan pelbagai sumbangan segera. 




Malah derma daripada orang ramai memenuhi kawasan Stadium Paroi, Negeri Sembilan yang bertukar menjadi lautan.

Pengajaran daripada melalui kesusahan Covid-19 selama dua tahun, kali ini rakyat tidak tunggu lagi bantuan sebaliknya mereka yang buat keputusan untuk 'turun padang' menghulurkan bantuan dalam apa saja bentuk.

Yang kreatif menyediakan pelampung dari apa juga barangan terpakai, besen, kolam mandi anak-anak mereka, perahu penyelamat atau sekadar memasak meggi untuk dimakan bersama jiran. 




Qawwamun dalam videonya Islamicadvise, Muslimtiktoknya kagum dengan semangat tenang, ceria dan iman yang kuat dianuti oleh orang Islam di negara ketika hampir dua juta orang berdepan dengan musibah banjir.

Katanya rakyat negara ini menjadi contoh terbaik sifat orang Islam kerana cara mereka berdepan dengan ujian itu yang melalui banyak yang merosakkan hartanah dengan teruk, yang amat serius. 



"Tetapi saya tidak pernah melihat orang bertindak balas dengan kemusnahan sebegini. Cara dan semangat mereka sangat hebat, luar biasa dan penuh ceria, tenang dan dibenteng dengan iman yang sangat tebal. 

"Sangat memberi inspirasi dan melindungi hartanah mereka memudahkan mereka bangkit memulihkan semula kehidupan mereka," katanya.



Selain itu, turut dikongsikan ramai pengguna TikTok berkaitan Ustazah Asma'Harun yang sebak sewaktu mengunjungi sebuah rumah yang menunjukkan  kebesaran ALLAH SWT apabila al-Quran yang berada di atas meja tidak rosak dan tetap kering  walaupun air dinaiki air hingga hampir mencecah ke bumbung rumah penghuninya.

Hamza Deirawi dari Gaza, Palestin turut mendoakan agar Allah SWT melindungi rakyat Keluarga Malaysia daripada malapetaka dan menghulurkan rasa sayang dan prihatin tidak terhingga, sambil berharap semoga negara ini kekal bersatu padu berdepan dengan banjir, kerosakan hartabenda termasuk rumah dan kenderaan.




"Sebagaimana pengalaman pahit di Palestin kami tahu perasaan anda dan mudah-mudahan Allah akan melindungi anda semua kerana kami tidak mahu saudara seagama turut berduka dengan kejadian begini," kata Hamza.

Sejarah banjir besar pertama kali berlaku pada Januari 1971 dan kini banjir paling buruk di Lembah Klang adalah berlaku akibat kenaikan air setinggi empat meter yang melimpah di beberapa kawasan di Lembah Klang termasuk Shah Alam dan Kuala Lumpur hampir lumpuh serta merta. - KitaReporter



Pertubuhan Ukhwan Fillah (Pkuf) mewakili Ikram menghantar bantuan ke Klang.

26
26
0
19
0
You will be interested