Insan & Komuniti 06 Apr, 2021

Terima kasih Kak Jati! Kakitangan syarikat sepakat hadiahkan kakak cleaner dengan gelang emas!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this

PEGAWAI dari syarikat itu menyarung seutas gelang emas di tangan Kak Jati.


ADAKALANYA segelintir masyarakat memadang hina terhadap mak cik atau kakak-kakak yang bekerja sebagai pencuci bangunan atau cleaner di pejabat sama ada jabatan kerajaan serta swasta.

Namun biar dipandang keji tetapi titik peluh daripada hasil pekerja pencuci itu seharusnya dihargai kerana mereka melakukan pekerjaan tersebut untuk rezeki yang halal untuk menyara kehidupan mereka.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan gelang emas 

TERHARUNYA hati Kak Jati ketika gelang emas disarung pada tangannya.


Dalam hal ini terbukti apabila kakitangan di sebuah pejabat Petaling Jaya bermuafakat menyantuni seorang mak cik cleaner yang dipanggil Kak Jati dengan memberi seutas gelang emas

Melalui perkongsian dalam laman Facebook Izwan Sajjer pada 30 Mac 2021 memberitahu kakitangan pejabat terbabit bersetuju menghadiahkan seutas gelang rantai emas kepada Kak Jati sebagai membalas jasa dia yang telah bertugas dengan syarikat mereka sejak beberapa tahun lalu.

Tanpa dinyatakan harga gelang emas itu, Izwan Sajjer berkata Kak Jati seorang yang baik, peramah dan mudah mesra dengan semua pegawai serta kakitangan syarikat terbabit. 



``Sebagai mengenangkan budi baiknya yang tidak jemu-jemu berkhidmat dengan syarikat kami maka kami bermufakat untuk membeli seutas gelang untuk Kak Jati. 

``Kalaulah kami membeli barang-barang lain kemungkinan ia kurang bermakna buat Kak Jati tetapi dengan gelang emas mungkin lebih bermakna buat dia lagipun barang kemas memang menjadi kegemaran kaum wanita,’’ kata Izwan Sajjer.

Ketika gelang dipakakan padai tangan kelihatan wajah Kak Jati begitu terharu kemungkinan sebelum itu dia tidak pernah menduga mendapat hadiah barang kemas selama dia bekerja cleaner. - KitaReporters


 

 

1
0
0
0
0
You will be interested