Insan & Komuniti 16 Jun, 2021

Rumah pelakon Dilip Kumar, Raj Kapoor di Peshawar akan dijadikan muzium! Jadi tarikan pelancongan

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this

Rumah pesaka Raj Kapoor bakal jadi muzium. - Kredit gambar: vionews.com 


KERAJAAN Pakistan dalam proses mengambil alih kediaman lama dua pelakon terkenal Bollywood, Dilip Kumar dan Raj Kapoor di tengah bandar raya Peshawar di Pakistan untuk dijadikan muzium tarikan pelancong dan mengenang jasa mereka merintis dunia perfileman Bollywood.

Timbalan Pesuruhjaya Peshawar Khalid Mehmud, dilaporkan sudah mengemukakan notis berpindah kepada pemilik bangunan bersejarah itu pada 18 Mei 2021 lalu untuk proses diubah suai.

Kediaman itu diwartakan sebagai warisan negara pada 2014 oleh kerajaan Nawaz Sharif

Sebelum itu, pemiliknya sudah beberapa kali mencuba merobohkan bangunan berkenaan untuk dibina sebuah bangunan komersial tetapi pasukan arkeologi negara itu sempat menghentikan projek itu untuk ditukar sebagai tapak warisan bersejarah.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Bollywood

Rumah pesaka Dilip Kumar. - Kredit gambar: Daily Jung.



Vionnews.com melaporkan Pemerintah Wilayah Khyber Pakhtunkhwa (KP) sebelum ini berdepan dengan tuntutan pampasan yang tinggi yang diminta oleh pemilik-pemil kediaman itu dan mahkamah kemudian menetapkan gantirugi berkenaan.

Pemilik kediaman rumah pusaka Raj Kapoor, Ali Qadir dikatakan mahukan pampasan mahal, manakala Gul Rehman Mohamad juga menetapkan ganti rugi ikut pasaran semasa ke atas rumah pusaka Dilip Kumar.

Akhbar Pakistan The Daily Jung melaporkan empat unit kediaman Dilip Kumar (101 meter persegi) ditetapkan pada harga RM208k (AS$50,517) manakala enam unit milik keluarga Raj Kapoor' (151.75 meter persegi ) bernilai RM387k (AS$94,061) oleh Jabatan Arkeologi Pakistan.


Dilip Kumar dan Madhubala 9 tahun bercinta. Kredit gambar ibtimes.com


Maklumat  Wikipedia menyebut, Mohammed Yusuf Khan telah menukar namanya sebagai Dilip Kumar dan mencipta nama di dunia perfileman India. Dia menjadi keluarga "Khan Pertama" yang merintis industri itu dengan memperkenalkan teknik lakonan. Dilip Kumar juga terkenal sebagai seorang dermawan yang luar biasa.


Dilip Kumar @ Muhammed Yusuf Khan

Lahir : 11 December 11, 1922 (umur 98 tahun), berasal dari Qissa Khwani Bazaar, Peshawar, Pakistan

Isterinya: Asma Rehman ( berkahwin pada 1981–1983), Saira Banu (berkahwin pada 1966)

Adik-beradik: 11 beradik termasuk Nasir Khan, Aslam Khan, Ehsan Khan dan Noor Mohammed. 

Nasir Khan (1924-1974) juga pelakon filem. 

Dua adik Dilip Kumar meninggal akibat Covid-19 dan Aslam meninggal dunia ketika usia 88 tahun pada Ogos, diikuti Ehsan 90 tahun pada September 2020.

Hebatnya Dilip Kumar ini ialah dia fasih bahasa Urdu, Hindi, Hindko (dialek kampungnya), Punjabi, Marathi, English, Bengali, Gujarati, Pashto, Parsi, Awadhi dan Bhojpuri.


Dilip Kumar dengan Kamini Kaushal berpisah sebab aktres itu isteri orang. - Kredit gambar: Filmfare


Dilip Kumar bukan saja hebat di layar perak, dia juga pandai memikat hati aktres filem Hindi yang berlakon bersamanya. Madhubala antaranya jatuh cinta ketika mereka berlakon dalam filem Mughal-e-Azam (1954) dan sekali lagi dalam filem Tarana. Sehingga terbabit dalam satu kes mahkamah apabila Dilip Kumar menentang Madhubala  dan bapanya. Hubungan mereka berkecai di tengah jalan.

Lewat tahun 1950-an, seorang lagi aktres Vyjayanthimala turut dikaitkan dengan Dilip Kumar dengan asmara gelap itu bila aktor itu akan memilih sari yang perlu digayakan oleh kekasihnya. Pakar sejarah filem India mengesahkan  Vyjayanthimala adalah kekasih ketiga Dilip Kumar selepas Kamini Kaushal dan Mahdubala.

Dilip Kumar kemudian berkahwin dengan pelakon terkenal Bollywood, Saira Banu pada 1966 dengan perbezaan umur 22 tahun. Tidak lama kemudian Dilip Kumar berkahwin pula dengan sosialit dari Hyderabad, Asma Sahiba sebagai isteri kedua tetapi mereka bercerai pada 1983. Pasangan itu tidak mempunyai anak.


Filem Tarana adalah tentang kisah cinta Mahdubala dan Dilip Kumar kemudian mereka bawa diri apabila Madhubala berkahwin dengan penyanyi legenda filem Hindi, Kishore Kumar. Dilip pula berkahwin Saira Banu. - Kredit gambar: BollywoodShaadis.


Kumar dengan isterinya, pelakon Saira Banu. - Kredit foto: Hotbiz.com


Sementara itu, selama lima generasi atau 93 tahun lamanya, Keluarga Kapoor menguasai dunia Bollywood. Prithviraj Kapoor pelakon teater yang juga aktor filem merintis sejarah perfileman Hindi bagi dinasti Kapoor.

Keluarga Kapoor keturunan Punjabi India beragama Hindu. Bagaikan bapa borek anak rintik. Raj Kapoor dilahirkan sebagai Ranbir Raj Kapoor diberi gelaran kehormat sebagai Penghibur Legenda Bollywood. 

Hebatnya keluarga Kapoor ini semua keluarga terkenal dalam industri itu ada hubungan dengannya termasuk keluarga keturunan Surinder Kapoor, Amitabh Bachachan, Malhotra, kerabat diraja Pataudi melalui perkahwinan aktres Sharmila Tagore dan Putera Pataudi itu. Anak Sharmila, Ali Saif Khan kemudian berkahwin dengan Kareena Kapoor serta keluarga Sippy, Nanda dan Shivdasani.

Selepas menjadi aprentis di studio bollywood pada 1940-an akhirnya ketika usianya 24 tahun, Raj Kapoor menerbit, mengarah dan berlakon dalam filem Aag (1948) dengan syarikatnya RK Films. 


Prithviraj Kapoor bapa Ranbir Raj Kapoor. - Kredit gambar: Dnaindia. 


Keluarga Raj Kapoor. - Kredit gambar: DnaIndia


Diikuti Barsaat (1949) yang meletup di pawagam sebelum Awaara (1951) juga menjadi mega hit bersama pasangannya, Nargis yang menjadi kekasih gelapnya ketika dia sudah pun berkahwin dengan Krishna Kappor. Peminat filem tidak mungkin lupa filem Sangam yang sama kisahnya dengan Kuch, Kuch Hota Hai lakonan Shah Rukh Khan dan Kajol keluaran 1988.

Anaknya Randhir Kapoor terus menyambung legenda Raj Kapoor bila dua anaknya, Karisma dan Kareena Kapoor menjadi bintang rebutan.

Raj Kapoor abang kepada Shammi Kapoor dan Shashi Kapoor serta bapa kepada Randhir Kapoor, Rishi Kapoor, Rajiv Kapoor, Reetu Nanda dan Reema. Seorang cucu lelakinya, Nikhil Nanda berkahwin dengan anak perempuan Amitabh Bachchan, Shweta Bachchan.

Sepatutnya Karisma Kapoor menjadi menantu keluarga Amitabch, berpasangan dengan Abhishek Bachchan. Kedua pelakon ini, Raj Kapoor dan Amitabh adalah legenda hero dunia layar abad ke-20. 

Raj Kapoor dan Dilip Kumar menguasai dunia filem Hindi dari tahun 1950 hingga 1956 dan menjadi aktor kedua tertinggi mendapat bayaran selain Dev Anand (1957-63). 

Raj Kapoor meninggal dunia pada Jun 1988 akibat kegagalan jantung, buah pinggang dan asma. Rumah pesaka Raj Kapoor dikenali sebagai Kapoor Haveli, bertempat di Bazar Qissa Khwani. 

Ia dibina antara 1918 hingga 1922 oleh bapanya itulah, Prithviraj Kapoor tu. Aktor ini kemudian mencipta nama sebagai pelakon pentas dan filem di seluruh dunia. Dia tinggal di sini sehinggalah anaknya, Raj Kapoor muncul sebagai pelakon dan menerbit filem terkemuka yang pernah dilahirkan di dunia Bollywood. - KitaReporters


0
0
0
0
1
You will be interested