Insan & Komuniti 01 Feb, 2022

Video| Sampai hati! Ibu lempar anak ke kandang beruang! Nasib baik petugas pantas dan selamatkan!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


NALURI sebagai ibu biasanya sentiasa mahu bersama dengan anak dan menjaganya dengan baik, datanglah apa jua rintangan si ibu pasti akan mengutamakan keperluan anak berbanding dirinya sendiri.

Malah tidak salah kalau dikatakan ibu sanggup melakukan apa sahaja demi kebaikan anaknya walaupun ditukar dengan nyawanya sendiri.

Namun berbeza seorang ibu muda di Uzbekistan, yang bertindak di luar batasan apabila tergamak melemparkan anak perempuannya yang masih kecil ke dalam kandang beruang di zoo di bandar Tashkent, baru-baru ini.


Lagi kisah-kisah sedih berkaitan kemurungan


Kredit foto: mirror.co.uk


Rupanya kejadian berkenaan berlaku terhadap wanita yang mengalami kemurungan akibat tekanan selepas mengalami masalah rumah tangga.

Kejadian mengerikan itu dikatakan berlaku ketika wanita berkenaan memasuki zoo berkenaan dan mendekati kandang beruang sebelum bertindak melemparkan anak perempuan yang berusia tiga tahun ke dalam kandang beruang setinggi lima kaki. 

Tindakan itu cuba dihalang oleh pengunjung lain namun perbuatan pantas tersebut tidak berjaya dihalang.


Kredit foto: texasnewstoday.com


Namun kanak-kanak itu bernasib baik kerana beruang yang dinamakan Zuzu itu dan berada di kandang berkenaan kelihatan terkejut dengan 'kedatangan' tetamu tidak diundang di kandangnya lalu menyembunyikan diri.

Selain itu, tindakan pantas enam kakitangan zoo yang memasuki kandang berkenaan juga berjaya menyelamatkan kanak-kanak malang tersebut sebelum dihantar ke hospital.



Ibu muda itu kini ditahan pasukan keselamatan dan berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun akibat cubaan membunuh.

Sekiranya ibunya waras semestinya ibu tidak tergamak melakukan, mungkin tekanan yang dialami membuatkan dia tidak menyedari tingkah laku yang dibuat,

Kanak-kanak berkenaan kini dimasukkan ke wad bagi pemantauan doktor selepas mengalami kecederaan.

Kanak-kanak malang itu bagaimanapun berada dalam keadaan stabil. - KitaReporters


Kredit foto: x99news.com

15
13
1
12
2
You will be interested