Insan & Komuniti 14 Oct, 2020

Terdengar 'suara malaikat'! Bapa sanggup bunuh anak sendiri

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this

SEORANG bapa, yang disyaki terbabit dengan ajaran sesat, tergamak membunuh anak kandungnya berusia lapan bulan selepas dipercayai terdengar `suara malaikat’ membisik pada telinganya supaya suspek berbuat demikian terhadap bayinya itu di Kampung Sungai Dua, Melawi, Bachok, Kelantan pada semalam, Selasa 13 Oktober 2020. : KitaReporters

POLIS tidak menolak suspek kemungkinan terbabit dengan ajaran sesatnya berdasarkan cara bayinya dibunuh. - Kredit foto: Bernama


Lagi cerita-cerita berkaitan bayi:

https://kitareporters.com/search?search=bayi


Menurut polis, mayat bayi lelaki itu ditemui dalam keadaan tubuhnya berlumur dengan garam di dalam guni yang terletak di dapur rumah berkenaan kira-kira pukul 12 tengah hari semalam (13 Oktober 2020). 

Suspek yang bekerja kampung berusia 40 tahun berbuat demikian kerana dipercayai terpedaya dengan ajaran sesatnya selepas mengikut arahan `suara malaikat’ yang turun dari langit seolah-olah menyuruh suspek membunuh bayinya sendiri.

Sehubungan itu, polis tidak menolak kemungkinan suspek terbabit dalam ajaran sesat berdasarkan cara pembunuhan bayi itu kerana suspek terdengar `suara malaikat’ supaya dia berbuat sedemikian.

Kredit foto: FB Persatuan Abang Tanjung Penang


Ketua Polis Kelantan, DCP Shafien Mamat berkata polis telah menahan suspek berkenaan tetapi sehingga kini siasatan tidak dapat dijalankan kerana suspek masih mendiamkan diri (tidak bercakap) sebaliknya dia adakalanya berzikir. 

Beliau berkata berikutan dengan kes itu, polis juga turut menahan ibu bayi berkenaan yang berumur 32 tahun bagi membantu siasatan selanjutnya. 

``Namun keterangan daripada wanita itu tidak dapat dijalankan kerana ibu bayi berkenaan masih dalam trauma akibat kes tersebut dan dia kini sedang dirawat di hospital. 

``Hasil pembedahan mayat bayi itu di Hospital Raja Perempuan Zainab 11, Kota Bahru selesai kira-kira pukul 4 pagi tadi (Rabu, 14 Oktober 2020) dan mendapati bayi itu mengalami lebam di tubuhnya serta kecederaan di kepalanya dipercayai hentakan atau terjatuh ke lantai,’’ katanya. 


Shafien berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Serah dan Terima Tugas Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kelantan, di Kota Bahru, hari ini, 14 Oktober 2020. 

Walau bagaimanapun, Shafien berkata, pihak polis masih menunggu keputusan laporan kimia sama ada suspek mempunyai masalah mental ataupun sebaliknya. 

Polis juga mendapati suspek serta isterinya negatif dari penggunaan dadah selepas ujian air kencing di lakukan kepada mereka. - KitaReporters

Kredit foto: FB Persatuan Abang Tanjung Penang

2
0
3
1
4
You will be interested