Kisah Insan 22 Mar, 2021

Cuba dan terus mencuba! Lelaki 50 tahun dah 192 kali gagal ujian memandu dalam tempoh 17 tahun

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this

Seorang lelaki berumur separuh abad telah mencatatkan sejarah Poland kerana gagal sebanyak 192 kali dalam ujian memandu. - Gambar hiasan 


SECARA umumnya, setiap individu yang telah memiliki lesen memandu pasti akan berasa bangga dan gembira, lebih-lebih lagi memandu kereta yang berjenama mewah seperti BMW, Ferrari, Lamborghini dan lain-lain.

Tetapi bagi mereka yang tidak mempunyai lesen memandu pula akan sentiasa berdepan dengan pelbagai masalah melibatkan kesalahan undang-undang jalan raya. 

Walaupun begitu, dalam konteks Malaysia banyak juga individu-individu yang berani dan degil tetap mahu memandu kenderaan tanpa memiliki lesen waima  berdepan dengan pegawai-pegawai penguat kuasa undang-undang jalan raya seperti polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan pemandu:

https://kitareporters.com/search?search=pemandu


Bagaimana agaknya tangapan atau fahaman seorang lelaki yang gagal ujian kelas memandu sebanyak 192 kali melihat papan tanda 'no entry' ini? - Gambar hiasan.


Pada awal Mac 2021 di Poland, seorang lelaki berumur 50 tahun dikatakan paling teruk kerana gagal sebanyak 192 kali dalam ujian memandu sama ada ujian teori undang-undang jalan raya mahu pun ujian praktikal di jalan raya.

Gagal ujian memandu bukanlah sesuatu perkara yang pelik tetapi norma biasa bagi seseorang individu yang baharu belajar memandu. 

Kebanyakan pelajar kelas memandu akan lulus ujian mereka selepas melakukan ujian kali kedua atau ketiga.

Namun begitu, lelaki separuh abad yang namanya dirahsiakan bersemangat kental dan tidak mudah berputus asa tetap gigih mencuba dan mencuba menduduki ujian tersebut.



Kegagalan lelaki ini telah mencatat sejarah Poland iaitu individu paling lama menduduki ujian memandu iaitu 17 tahun dan tidak pernah lulus ujian tersebut.

Lelaki dari Piotrkow Trybunalski, Poland itu berkata bahawa dia sudah menghabiskan wangnya sebanyak 6,000 zloty atau RM6,357.46 sen dalam tempoh hampir dua dekad.

Untuk pengetahuan, kerajaan Poland menetapkan sebanyak 50 hingga 60 peratus kelulusan ujian teori dan 40 peratus bagi ujian praktikal sebelum layak mendapatkan lesen memandu yang sah.

Rata-rata rakyat Poland akan lulus ujian teori antara dua dan tiga kali sahaja.

Pada tahun 2020, terdapat beberapa pusat ujian sekolah memandu meletakkan kadar peratusan kelulusan (ujian teori) yang berbeza-beza seperti di Lublin (58.9%) dan di Bolesławiec (45.2%).

Manakala ujian praktikal di Jelenia Góra(53%) dan di Łódź hanya 24.9 peratus.


Sekolah memandu di Poland menetapkan latihan praktikal sekurang-kurangnya 30 jam sebelum menduduki ujian memandu yang sebenar. - Kredit foto agensi.


Memetik laporan sebuah stesen penyiaran Poland (TVP), terdapat seorang lagi calon ujian memandu telah gagal sebanyak 113 kali di bandar Opole.

Lelaki kedua paling teruk dari Piotrkow Trybunalski juga gagal ujian sebanyak 40 kali dan telah mendapat perhatian sebahagian daripada rakyat Poland.

Seorang jurulatih sekolah memandu, Stanisław Kobusiewicz berkata, “mana-mana individu yang telah gagal sebanyak 20 atau 30 kali tidak perlu lagi menduduki ujian berkenaan.

“Sepatutnya pihak kerajaan membuat satu ketetapan yang standard bagi mereka yang layak memperolehi lesen memandu tanpa melanjutkan tempoh yang panjang,” jelas beliau. - KitaReporters


Sumber:

https://notesfrompoland.com/2021/03/12/polands-worst-driver-fails-theory-test-a-record-192nd-time/

1
0
1
0
0
You will be interested

Video| Sultanah Kelantan mula sibuk! Sultanah Nur Diana Petra hadiri majlis rasmi negara dan negeri!

Sultanah Kelantan Sultanah Nur Diana Petra secara rasmi mula sibuk penuhi jadual hadiri majlis rasmi negara dan acara negeri selepas diperkenan anugerah gelaran

Video| Demi kelangsungan hidup selepas pembedahan! Aznil lancar tabung untuk Zamani! Lelong beg LV!

Aznil Nawawi lancar tabung khas untuk Zamani Slam selepas Konsert Doa Buat Zamani Unplugged akan berehat panjang bagi pemulihan sepenuhnya selepas pembedahan
Fauzan Uda Ahmad in Kisah Insan 7 hours ago

30 tahun bertahan! Jaslina tetap bersyukur! Walaupun berkerusi roda! Majalah Wanita temukan kita!

Lebih 21 tahun lalu kami bertemu ketika saya menemu ramah Jaslina Mat Desa untuk majalah Wanita. Usianya ketika itu baharu 16 tahun. Kini kami dipertemu semula
Normala Hamzah in Kisah Insan 7 hours ago

Video| Masih terabai! Perjuangan bela nasib lebih 1,500 bekas pekerja Utusan Melayu (Malaysia) Bhd

Lebih 150 bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad (UMMB) hadir dalam majlis perjumpaan semula sempena peringati 'kematian' syarikat akhbar Melayu itu
Editor 1 in Kisah Insan 8 hours ago

Video| Bunga untuk Ratu Elizabeth II ada dijadikan baja! Ada disemai semula! Bagi peringati baginda!

Jambakan bunga kepada mendiang Ratu Elizabeth II sudah pun dibersihkan, dihimpunkan di lokasi khas untuk dikompos sebagai baja dan benih untuk disemai semula
Kartini Mohd Noor in Kisah Insan 1 day ago