Insan & Komuniti 17 Mar, 2021

Niat nak bawa emak ronda naik kereta baharu! Tapi tak kesampaian! Akhirnya bawa ibu ke pusara!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


TIADA siapa bersedia kehilangan orang yang kita sayang tapi hari itu perlu kita semua lalui. Begitu juga bagi seorang anak, kematian ibu dan ayah adalah igauan besar dalam hidupnya.

Hanya siapa yang melalui saat itu akan faham perasaan ketika itu melepaskan orang tuanya untuk kembali ke kampung abadi.

Begitu juga yang dilalui seorang pemuda, Mohd Hasmizan Alim dari Kampung Air Sejuk, Setiu, Terengganu yang reda dengan kehilangan ratu hatinya beberapa hari lalu.


Kisah-kisah menarik berkaitan ibu:

https://kitareporters.com/tag/ibu


REDA walaupun impian untuk membawa ibunya tidak kesampaian tetapi jasad ibunya dibawa menaiki kereta baharu menuju ketanah perkuburan di Setiu, Terengganu. - Kredit foto: Facebook Mizan Alim.


Menerusi perkongsian Facebook peribadinya, Hasmizan menjelaskan dia terkilan kerana tidak dapat membawa ibunya bersiar menaiki kenderaan baharunya.

Inilah yang dikatakan kita merancang tetapi Allah menentukan! 

Tapi syukurlah niat itu sudah mampu memberi pahala bagi seorang anak yang soleh yang mahu membahagiakan orang tuanya.

Menurut Mizan, dia berhasrat untuk membawa ibunya, Hasnah Samat untuk bersiar-siar menggunakan kereta baharunya.

TANGGUNGJAWAB terakhir si anak untuk ibunya termasuk menyelesaikan urusan sijil kematian.


Namun hasrat itu tidak kesampaian apabila ibunya yang berusia 59 tahun dijemput Ilahi sebelum sempat melangkah menaiki kereta baharunya.

 “Niat saya beli Alphard ni untuk senang nak bawa mak jalan jalan. Ayah saya dah 5 tahun meninggal.

"Tapi kita semua hanya mampu merancang, tak kesampaian juga, mak saya telah dijemput Ilahi dan tak sempat nak bawak dia jalan jalan,” kongsinya.


Namun pemuda itu berusaha juga untuk melaksanakan impian walaupun bukan lagi membawa ibunya bersiar-siar tetapi ke tanah perkuburan.

“Jadi untuk kali pertama dan akhirnya saya bawak masuk keranda dan jenazah mak dalam kereta ni untuk di hantar ke rumah kekal abadinya. Semoga mak tenang di alam sana bersama orang² yang beriman. Amin,” kongsinya lagi.

Alhamdulillah dapat ibunya merasa rezeki anak walaupun hanya jasadnya.

Perkongsian berkenaan diliihat lebih 4,000 pengikutnya dalam media sosial dan rata-rata netizen menzahirkan rasa sedih dengan luahan berkenaan.


MENEMANI ibunya sepanjang dimasukkan hospital SUltanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.


Malah ada yang memberi kata-kata semangat kepadanya selain mendoakan ibunya di alam barzakh.

Terdahulu, Hasmizan berkata ibunya dimasukkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu selama tiga malam sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Salam takziah! Semoga urusan bonda di sana dipermudah dan tenang bersama golongan beriman dan solehah. - KitaReporters

2
0
4
1
0
You will be interested