Insan & Komuniti 20 Dec, 2020

Banjir, COVID-19! 2,200 keluarga DUN Permaisuri dapat beras!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this

WALAUPUN bantuan beras sekampit dihulurkan kepada satu keluarga tetapi ia pasti amat bermakna kerana sumbangan itu membabitkan jumlah kesemuanya 2,200 kampit beras yang diagihkan kepada 55 buah kampung di Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Permaisuri, Setiu, Terengganu. : KitaReporters

ABD HALIM Jusoh (empat dari kiri) bersama beberapa pekerjanya baru siap memunggah beras ke atas lori untuk dihantar kepada penduduk kampung DUN Permaisuri, Setiu, Terengganu pada 18 Disember 2020.


Lagi kisah-kisah berkaitan bantuan makanan:

https://kitareporters.com/search?search=bantuan+makanan


Kecaknaan itu telah diterjemahkan melalui pemberian bantuan bermula bermula pada Jumaat 18 Disember 2020 dan disalurkan kepada penduduk di 55 kampung yang melibatkan 2,200 keluarga yang ketika ini sedang menghadapi musim tengkujuh selain wabak Covid-19. 

Akibat masalah itu, kebanyakan penduduk di DUN Permaisuri yang berkerja sebagai nelayan serta petani turut terjejas pendapatan mereka bagi menyara perbelanjaan keluarga mereka.



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Permaisuri, Datuk Abd Halim Jusoh berkata, biarpun bantuan beras itu tidak seberapa tetapi ia tetap tanda ingatan kerajaan terhadap golongan yang kurang berkemampuan. 

Menurutnya, penghantaran barang makanan itu ke kampung berkenaan mula diagihkan pada 18 Disember 2020 dan ia akan dilakukan secara berperingkat-peringkat.


ABD Halim Jusoh (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan beras kepada seorang penduduk di Kampung Padang Jejawi, Bandar Permaisuri, Setiu hari ini, 18 Disember 2020.  


``Bantuan seperti hari ini merupakan kali kelima kita berikan kepada penduduk di kampung-kampung terbabit sepanjang tahun 2020  yang diberi keutamaan terhadap keluarga yang layak,’’ katanya ketika dihubungi pada Jumaat 18 Disember 2020. 

Dalam pada itu, pihaknya turut menggunakan khidmat anggota dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Setiu untuk mengagihkan bantuan beras kepada penduduk di Kampung Besut dan Hulu Seladang di DUN berkenaan yang terjejas akibat banjir.



Abd Halim berkata, melalui bot APM itu sebanyak 100 kampit beras beras telah dihantar kepada 100 keluarga  di dua buah kampung berkenaan. 

``Kalaulah kita tidak berbuat demikian kemungkinan penduduk terbabit akan mendapat bantuan beras dalam masa dua atau tiga hari lagi kerana semasa ini kawasan rumah  mereka ditenggelami air,’’ ujarnya. - KitaReporters

7
0
0
0
0
You will be interested