SEORANG ibu mengandung mengalami situasi mencemaskan untuk bersalin apabila jalan masuk ke kampungnya mengalami tanah runtuh, menyebabkan dia terpaksa diusung oleh orang ramai dengan tandu dengan buluh serta kain sejauh 500 meter dan mengharungi jalan berlopak ke sebuah ambulans. : KitaReporters
Penduduk kampung membantu mengangkat wanita nak bersalin dengan tandu. - Kredit foto: Tribun Jabar.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan hamil:
https://kitareporters.com/search?search=hamil
Namun lebih malang apabila roda ambulans pula tiba-tiba pancit dan mengambil masa untuk menukar kepada tayar penganti. Sedangkan ketika itu wanita hamil berkenaan sudah terasa hendak bersalin anak pertamanya.
Peristiwa ini terjadi di Kampung Cinyelap, Desa Karang Agung, Kecematan Singajaya, Kabupaten Garut, Jawa Barat pada petang Jumaat, 8 Januari 2021.
Tetapi malangnya sampai pada ambulans salah satu tayar kenderaan itu pancit menyebabkan perlu sedikit masa untuk menggantinya. Ketika itu wanita itu sudah seperti hendak bersalin.
Menurut laporan Tribun Jabar.com, klinik kesihatan setempat yang menerima laporan ada wanita hendak bersalin dan menghantar sebuah ambulans tetapi tidak sampai ke rumah wanita itu kerana ada kejadian tanah runtuh dan selut di laluan di mukim Singajaya.
Sebagai langkah alternatif, pekerja ambulans dan beberapa penduduk mengusung wanita itu dengan tandu ke ambulans berkenaan.
Sebuah tayar van ambulans pancit ketika hendak membawa wanita hendak bersalin ke hospital.
Bagaimanapun wanita bernama Dini ini sempat sampai ke Hospital Dr Slamet, Garut. Dia melahirkan bayi melalui pembedahan Caesar kerana ianya agak besar iaitu seberat 4.5 kg.
Pengalaman yang dialami Dini adalah antara contoh keadaan cemas bagi orang ramai yang sakit ketika musim hujan berterusan yang menyebabkan tanah runtuh dan jalan berlumpur. - KitaReporters