TOKOH amal dan pendakwah bebas, Ebit Lew melakukan kerja amai membantu mangsa banjir di Kuala Lipis, Pahang. Kerana itu penyanyi terkenal negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, dalam komennya dalam Instagram Ebit Lew mengucapkan terima kasih kepada tokoh amal ini kerana menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di daerah kelahirannya. : KitaReporters
Ebit Lew meninjau kawasan yang teruk dilanda banjir di Kuala Lipis, Pahang.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Ebit Lew:
https://kitareporters.com/search?search=ebit+lew
"Terima kasih ustaz @ebitlew turun ke kg halaman saya bagi membantu mereka yang terjejas akibat banjir. Semoga Allah swt permudahkan semuanya.. Alhamdullillah,” kata Siti Nurhaliza dalam mesejnya.
Ebit berserta sejumlah sukarelawan serta 10 buah kereta pacuan 4 roda dan sebuah bot ke beberapa kawasan yang terjejas banjir.Rombongan Ebit Lew membawa 1,000 kemeja-T, 1,000 pasang telekung dan sejumlah makanan. Setiap mangsa banjir juga diberi sedikit duit belanja tunai.
Ebit bersyukur dapat memberi bantuan di 3 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Banjir serta turut memberi semangat dan doa kepada mangsa.
Dalam tulisannya dalam Instagramnya, Ebit menyatakan perasaan sayunya melihat tragedi banjir yang teruk di mana ada tempat yang sebelum ini sudah puluhan tahun tidak mengalami banjir seteruk kali ini.
"Paling sayu tengok sekolah, balai polis, surau, kuil, kereta, motor, TNB dan rumah-rumah. Bila tengok semua tenggelam ada yang tinggal bumbung jer. Ya Allah berat ujian orang Pahang kali ini. Ada tempat tak pernah banjir puluh tahun kali ini banjir teruk,” kata Ebit yang berasal dari Bandar Muadzam Shah, Pahang.
Ebit turut melahirkan simpati terhadap kesihatan mangsa terutama golongan tua yang sudah uzur. - KitaReporters