Insan & Komuniti 30 Dec, 2020

Video| Transformasi WOW! Kuasa tular temukan gelandangan dengan keluarganya terpisah 10 tahun

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

JANGAN main-main dengan kuasa tular! Kehebatannya mengatasi segala-galanya, malah menjadi norma baharu hari ini apabila sesuatu isu mencuri perhatian netizen mampu menjadi tular sekelip mata. Perkara sama turut berlaku kepada seorang gelandangan di Goiania, Brazil yang berjaya ditemukan semula dengan ahli keluarganya termasuk ibu dan kakaknya hasil kuasa tular. : KitaReporters



Lagi kisah-kisah menarik berkaitan gelandangan:

https://kitareporters.com/search?search=gelandangan


Memetik laporan ndtv.com, pertemuan tiga beranak itu berjaya ditemukan selepas seorang pemilik kedai gunting rambut, Alessandro Lobo berkongsi kejayaan dirinya bersama kakitangan dalam laman Instagram selepas berjaya melakukan transformasi ke atas seorang gelandangan menjadi lelaki kacak.


COMOT sebelum berjaya ditransformasikan oleh Lobo yang menawarkan khidmat untuk merapikan gelandangan berusia 45 tahun di bandar Goiania, Brazil baru-baru ini. - Kredit foto: Podoo Official.


Berkongsi cerita tentang detik transformasi itu, Lobo menawarkan makanan kepada Joao Coelho Guimaraes namun gelandangan berusia 45 tahun itu secara baik menolak dan hanya meminta pisau cukur untuk merapikan dirinya.

Bagai orang mengantuk disorong bantal, Lobo yang juga pemilik kedai gunting rambut terus menawarkan diri untuk mengubah penampilan Guimaraes! 


TERUS bertukar selepas mendapat sentuhan hebat daripada pemilik kedai guntung rambut.


WOW terus kelihatan kacak hasil transformasi oleh Lobo.


Lobo yang turut dibantu kakitangannya mengambil masa selama dua jam mengubah keseluruhan Guimaraes bermula dengan menggunting rambut, merapikan misai dan janggut.

“Hasilnya memang sangat mengujakan daripada seorang yang comot akhirnya bertukar menjadi seorang lelaki yang kacak,” kata Lobo yang juga merupakan pemilik sebuah gedung pakaian.




Bukan sahaja merapikan rambut tetapi lebih bernasib baik Guimaraes juga turut diberikan pakaian-pakaian baharu.

Daripada seorang lelaki yang tidak terurus, mempunyai rambut yang kusut dan panjang serta misai dan janggut yang panjang, kini Guimaraes kelihatan segak dan tidak lagi gelandangan.

Transformasi yang dihasilkan itu mendorong untuk Lobo berkongsi kejayaan itu dan selepas mendapat kebenaran, Lobo kemudian memutuskan untuk memuat naik ‘kejayaan itu’ dalam media sosial sehingga menjadi tular dalam tempoh beberapa hari.


BERSATU kembali bersama keluarga selepas 10 tahun tidak bersua muka.


Malah kuasa tular berkenaan menyebabkan ahli keluarga terdekat Guimaraes menghubungi Lobo. Mereka menyangka Guimaraes telah meninggal dunia kerana langsung tiada khabar berita mengenainya sejak 10 tahun lalu. 

Lebih menggembirakan, ibunya menyifatkan sambutan Krismas tahun ini adalah hadiah istimewa kepada mereka sekeluarga kerana dapat bersatu dalam pertemuan yang tidak disangka.

Semoga kejayaan yang dilakukan Lobo dapat mentransformasikan Guimaraes supaya tidak lagi menjadi gelandangan. : KitaReporters


HEBATNYA kuasa tular mampu menemukan keluarga ini walaupun 10 tahun terpisah.

5
3
1
0
0
You will be interested