Insan & Komuniti 31 Jul, 2020

Nak buat korban! Nenek kerja sapu sampah menabung 15 tahun!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
KEINGINAN untuk turut sama dalam ibadat korban turut diimpi oleh golongan kurang berada. Mereka yang sepatutnya menerima bahagian korban juga mempunyai niat untuk berkorban. Sedangkan banyak golongan berada mengabaikan ibadat korban. Begitulah yang dilaku oleh seorang wanita yang sudah menjadi nenek. : KitaReporters

Nenek Sumiati menyerahkan haiwan korban kepada wakil masjid. - Kredit foto: Kompas.com


Lagi cerita-cerita dari Indonesia:

https://kitareporters.com/search?search=indonesia


Sumiati, 70, yang merupakan seorang penyapu sampah di jalanan di bandar Tenggarong, Kabupaten Kutai, Kartanegara, bukan hanya mampu membeli seekor kambing atau sebahagian daripada potongan lembu.

Malah sebaliknya nenek Sumiati mampu membeli seekor lembu dan seekor kambing dengan harga kira-kira RP9 juta (kira-kira RM5,000)

Duit ini diperoleh hasil simpanannya sejak 15 tahun lalu.

Selain bekerja sebagai tukang sapu sampah, Sumiarti turut mempunyai gerai kecil di pasar berhampiran rumahnya untuk menjual barangan runcit.

Sumiati menjalankan kerja harian sebagai tukang sapu.


Sumiati masih tekun bekerja, walaupun sudah berusia 70 tahun, bahkan penduduk setempat sangat mengenalinya sebagai peribadi yang santun, dan suka membantu.

Dengan kehidupan serba sederhana, Sumiati mengumpul duit sedikit demi sedikit sejak 15 tahun bagi melepaskan keinginan untuk berkorban pada Aidiladha 1441H (2020) sebelum menutup mata.

"Alhamdulillah cita-cita saya akhirnya tercapai, saya dapat membeli seekor lembu dan kambing untuk masjid di Tanjung tempat saya solat setiap hari," kata Sumiati kepada detikcom, di gerainya  di Pasar Seni, Tenggarong pada Khamis, 30 Julai 2020.

Duit itu disimpan hasil gajinya dan hasil perniagaan kecilnya. Dia turut menjual barangan emas perhiasannya. 

Baginya semua itu tidak dapat dibawa mati. 

Duit simpanannya dibuat untuk membeli emas yang harganya terus meningkat apabila dijual semula.

"Tidak ada yang tahu keinginan untuk berkorban termasuk anak-anak hingga akhirnya Ahad lalu, saya sampaikan niat kepada anak-anak dan alhamdulillah mereka semua setuju," kata Sumiati.

Pada mulanya, dia hanya berniat berkorban lembu. Namun akhirnya membeli seekor kambing kerana masih ada lebihan wang sebanyak RP4.7 juta (kira-kira RM1,700). - KitaReporters

2
0
2
1
0
You will be interested