Insan 26 Mar, 2020

MASJID KAMPUNG SEMPAM BARU TETAP "DIBUKA"

@abdul rashid abdul rahman
Memulakan kerjaya sebagai Wartawan Utusan Malaysia sejak Jun 2006 dan pernah bertugas di Ibu Pejabat (Kuala Lumpur), Sabah dan Pahang.

Share this
Dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan, mungkin ramai yang kehilangan sumber pendapatan sehingga tidak dapat membeli barangan keperluan asas. Bagi individu yang 'berduit' mungkin tidak menjadi masalah tetapi bagi yang sebelum ini bekerja kampung dan sebagainya pastinya mereka kehilangan sumber pendapatan sehingga ada terpaksa mencatu makanan. : KitaReporters

Barangan berupa keperluan asas makanan yang disumbangkan oleh Masjid AL-Muttaqin Kampung Sempam Baru, Raub di Pahang.


Menyedari hakikat ini, Masjid Al-Muttaqin Kampung Sempam Baru di Raub, Pahang "terus membuka pintunya" dengan bertindak proaktif menggunakan duit tabung masjid itu yang tersimpan bagi membeli keperluan asas untuk penduduk yang memerlukan.

Selain duit tabung masjid, Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) turut menyalurkan sumbangan tambahan bagi membantu penduduk setempat.

Meskipun solat berjemaah dan semua aktiviti keagamaan di premis ibadat dihentikan sementara, masjid tetap berperanan penting membantu masyarakat setempat.

Keperluan makanan dihantar ke rumah-rumah penduduk yang memerlukan.


Pengerusi Masjid Kampung Sempam Baru, Khairul Azri Kamaluddin berkata, beliau dan semua AJK Masjid dan juga JKKK berasakan duit tabung yang disumbangkan oleh orang ramai itu sememangnya wajar digunakan dan dipulangkan kembali kepada masyarakat memerlukan.

Katanya, meskipun tidak menafikan ada sumbangan yang akan disalurkan oleh kerajaan kelak, tetapi pihak masjid dan JKKK sebenarnya perlu mengorak langkah lebih awal membantu penduduk setempat.

Pengerusi Masjid Kampung Sempam Baru, Khairul Azri Kamaluddin 


Beliau yang juga Pengerusi JKKK Kampung Sempam Baru memberitahu sehingga kini seramai 90 keluarga yang dikenal pasti di kampung itu menerima sumbangan berupa barangan keperluan asas seperti beras, gula, minyak masak, biskut, sardin, telor, bihun dan teh.

"Dalam situasi yang agak kritikal pada masa ini amat penting kita guna duit tabung masjid selain sumbangan daripada JKKK bagi membantu masyarakat setempat yang memerlukan bantuan.  

"Walaupun tidak seberapa (sumbangan) tetapi ia amat bermakna sekali kepada yang memerlukan. 

"Walaupun beras sekampit, ia penting bagi membantu dan menunjukkan kita mengambil berat nasib mereka yang memerlukan," katanya di Raub pada Rabu, 25 Mac 2020.


Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya akan terus memantau keadaan kehidupan penduduk di situ dalam memastikan mereka sentiasa terbela.

Ujarnya, bantuan akan disalurkan secara berperingkat-peringkat sama ada menggunakan duit tabung masjid atau mana-mana peruntukan yang diterima selepas ini.

"Terima kasih atas sokongan semua, kami JKKK dan Masjid Sempam menjalankan amanah semampunya atas sokongan seluruh kariah Kampung Sempam," tambah Khairul Azri. - KitaReporters

You will be interested

Bantu kami! Mahmudah ambil peduli insan yang malang, terbiar

Mahmudah dijadikan tempat perlindungan percuma kepada mereka seperti terlantar di hospital kerana sakit, tiada waris, miskin, mualaf dan disisih oleh keluarga

Rosdi Ismail in Insan 1 day ago

Terbaiklah Ustaz Ebit Lew! Sumbang 1 van jenazah, 1 ambulans

Percaya bahawa rezeki akan bertambah apabila dikongsi bersama dengan yang memerlukan, Ustaz Ebit menyediakan van jenazah dan ambulans tanpa sebarang bayaran
Fauzan Ahmad in Insan 11 hours ago

Pengantin hampir lemas! Dihanyut ombak besar masa bergambar!

Ketika sedang ralik menjadi sudut sesuai di sebuah batu besar di pantai, tiba-tiba ombak besar menghentam pasangan pengantin lalu mereka tercampak ke lautan
Zuhayati Yazid in Insan 14 hours ago

Terima kasih! Bahayakan nyawa demi keselamatan orang ramai!

Sanggup membahayakan diri sendiri demi memastikan keselamatan pengguna jalan raya. Itulah tindakan berani daripada suami Mishmiera yang harus diberi pujian
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Insan 18 hours ago

Mandi bersama buaya! Sah! Memang berani betul budak-budak ni

Satu video yang tular menunjukkan sekumpulan kanak-kanak ini menjadikan buaya sebagai teman untuk bermandi-manda bersama-sama!! Siap boleh gelak ketawa lagi
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Insan 19 hours ago