Insan & Komuniti 20 Mar, 2020

TERIMA KASIH!! MAKANAN BAGI PETUGAS COVID-19

@ainal marhaton abd ghani
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang kewartawanan. Seorang penulis bebas dan penulis upahan (Ghostwriter). Bergiat aktif dalam dunia penulisan kreatif sejak 2019 dan menyertai puluhan projek antologi pelbagai genre daripada beberapa rumah penerbitan. emel: [email protected]

Share this

TIDAK cukup waktu rehat, terpaksa bergegas membeli makanan (itupun kalau sempat) dan makan pula sekadar untuk alas perut. Jom bantu mereka!! Pastinya situasi seperti ini berlaku di klinik dan hospital seluruh negara yang terbabit dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19. : KitaReporters

TERIMA kasih Kelab Mawaddah Maran, Pahang. - Kredit foto: FB https://www.facebook.com/kelabmawaddah.maran


Sebahagian daripada sumbangan Kelab Mawaddah Maran untuk petugas barisan hadapan Bilik Gerakan COVID-19 di PKD Maran, Pahang. 


Justeru, Kelab Mawaddah Maran, Pahang tanpa lengah mula menghantar makanan kepada mereka yang juga petugas barisan hadapan yang sedang bertungkus lumus mengharungi tempoh kerja yang panjang demi menjalankan tugas dan tanggungjawab membendung wabak yang semakin 'parah' ini.  

Pengerusinya, Nor Aini Abu Bakar berkata, pihaknya mengambil inisiatif menghantar makanan (tengah hari) kepada 40 petugas termasuk pegawai perubatan dan jururawat di Bilik Gerakan Covid-19 di Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Maran bermula Khamis, 19 Mac 2020.

Makanan yang disumbangkan pasti melegakan dan mampu membuat petugas senyum dan berehat untuk seketika.


Menurut Nor Aini, agihan makanan tengah hari itu akan diteruskan sehingga Perintah Kawalan Pergerakan tamat pada 31 Mac 2020.

"Kutipan pada mulanya dibuat melalui Ahli Jawatankuasa Kelab (AJK Kelab) untuk tempoh tiga hari tetapi kini semakin ramai orang perseorangan dan syarikat yang mahu menyalurkan sumbangan selepas kisah (sumbangan) kami tular dalam laman sosial Facebook (https://www.facebook.com/kelabmawaddah.maran).

"Kita juga akan usahakan penghantaran makanan (tengah hari) ke semua Klinik Kesihatan (KK) di daerah Maran yang menyediakan kaunter saringan untuk kes COVID-19," katanya ketika dihubungi mojo KitaReporters pada Khamis, 19 Mac 2020.

Juadah ringan turut disediakan untuk petugas


Pegawai Perubatan, Dr Aida Alauddin dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Mohd Azhar Omar hadir mewakili petugas menerima sumbangan.

Usaha kelab berkenaan mendapat pujian Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, Dato' Sri Shahaniza Shamsuddin menerusi hantarannya dalam Facebook yang mengucapkan tahniah kepada Nor Aini dan ahli kelab di atas inisiatif menyalurkan sumbangan makanan berkenaan. 

Dato' Sri Shahaniza Shamsuddin berharap usaha Kelab Mawaddah Maran menjadi contoh kepada individu dan NGO-NGO lain untuk tampil menghulurkan sumbangan kepada petugas kesihatan dan keselamatan COVID-19. 


Seorang lagi pengguna Facebook, Niza Tan Aminuddin juga mengucapkan tahniah kepada Kelab Mawaddah yang mengambil inisiatif menghantar makanan kepada petugas di PKD Maran 



Nur Aini berkata, pihaknya amat memahami situasi ketika ini di mana petugas perubatan bertungkus lumus menjalankan tanggungjawab mereka dalam membendung penularan COVID-19. 

"Mereka juga bertugas dalam tempoh yang panjang dan mungkin waktu rehat amat terhad untuk mereka membeli makanan justeru kita bantu mereka dengan menyediakan makanan ini.

"Walau tidak sebesar mana, ia sangat bererti bagi kami untuk membantu meringankan beban tugas sedia ada malah mampu membuat mereka tersenyum untuk seketika." katanya.

Semoga Nur Aini dan ahli kelab berjaya mencapai sasaran sumbangan dan dapat membantu lebih ramai petugas perubatan dan klinik yang sedang giat menjalankan tugas mereka. 

Terima kasih Nur Aini dan team. Anda semua hebat! - KitaReporters

2
0
0
0
0
You will be interested