Insan & Komuniti 08 May, 2021

Gisele enggan terima vaksin Covid-19! Namun beberapa jam sebelum mati nasihatkan semua ambil!

@ahmad abd hamid
Served as a journalist for a year at Berita Harian and for 33 years at Utusan Melayu (M) Bhd. beginning 1980. Last post was Assistant Editor in Chief Utusan Melayu. Also served as Editor in Chief, Magazines. Retired in 2013.

Share this

Kredit foto: GiseleBeaudoin.com


KETIKA hayatnya, Gisele Beaudoin enggan mengambil suntikan vaksin Covid-19. Bagaimanapun beberapa jam sebelum meninggal dunia akibat jangkitan pandemik global tersebut pada Ahad 2 Mei 2021 di Montreal, Kanada, dia sempat menasihati orang ramai agar mengambil suntikan tersebut

Nasihat ini dikongsi dalam Facebook milik adik perempuannya, Monic. 

Dalam perkongsian terakhir sebut, Gisele, seorang penyanyi dari Drummondville, Quebec, menasihati orang ramai mengambil suntikan vaksin berkenaan yang dia sendiri tidak percaya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan vaksin Covid-19


GISELE BEAUDOIN enggan menerima suntikan vaksin Covid-19 dan meninggal dunia selepas lima hari dijangkiti pandemik tersebut. - Kredit CTV News.


Malah dia juga mengingat dan menasihati suaminya, Bertrand Bibeau, mengambil suntikan berkenaan dan tidak menjadi seperti dirinya. Bertrand dijangka mengambil suntikan itu tidak lama lagi.

Perkongsian itu itu dibuat pada ketika Gisele sendiri sedang bertarung dengan maut akibat jangkitan Covid-19. Ia juga mungkin menggambarkan penyesalan kerana enggan menerima suntikan vaksin berkenaan.

Menurut Monic, kakaknya sentiasa ragu-ragu dengan vaksin Covid-19 dan merupakan antara mereka yang mempunyai pelbagai teori konspirasi mengenai vaksin tersebut. Kakaknya juga enggan memakai pelitup muka.

Namun menurut Monic, ketika penghujung nyawa, adiknya meminta dia memberitahu kepada orang ramai agar mengambil suntikan vaksin. 

Menurut laporan CTV News, Gisele mati setelah lima hari bertarung dengan Covid-19. Laporan itu tidak menyatakan umur Gilese. 


GISELE BEAUDOIN bersama suami, Bertrand Bibeau. - Kredit CTV News.


Dalam satu temu bual dengan Journal de Montreal, Monci memberitahu, beberapa bulan sebelum kematiannya, adiknya terperangkap dalam jaringan teori konspirasi sosial media mengenai Covid-19 yang memberikan gambaran negatif mengenai suntikan vaksin Covid-19.

Gisele dikatakan akan bangun pada pukul 4 pagi menonton kesemua video mengenai teori konspirasi ini dan akan menghantar maklumat apa yang dia lihat kepada adiknya melalui Facebook.

Walau pun media sosial seperti Facebook dan Instagram telah berusaha melaksanakan pelbagai kaedah penguatkuasaan untuk menyekat penyebaran maklumat palsu mengenai pandemik Covid-19, ia masih tidak mampu mengawal penyebaran kesemua maklumat berkenaan.

Sebaik mengetahui mengenai kematiannnya, rakan-rakan berkongsi kesedihan di dalam Facebook, termasuk seorang yang bernama Barbara Barerre.

Dia menyifatkan Gisele sebagai insan yang tabah dan berani menghadapi dugaan dijangkiti Covid-19. Bagaimana pun dia tetap kesal dan sedih kerana Gisele enggan mengambil suntikan dan tidak percaya kepada vaksin berkenaan, menyebabkan kematiannya lima hari selepas dijangkiti.

Gisele merupakan anak sulung daripada tujuh beradik dan mempunyai tiga orang anak. 

Barangkali kisah mendiang boleh dijadikan pengajaran kepada rakyat negara ini agar mengambil suntikan vaksin Covid-19 apabila tiba giliran. Jangan terlalu percaya kepada teori konspirasi. - KitaReporters.com


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

0
1
1
0
0
You will be interested