Bahagian depan klini tempat Eva bekerja. - Kredit foto: SuryaMalang.
SEORANG jururawat di pusat kecantikan di Kalipare, Kabupaten (Kota) Malang, Jawa Timur akan mengalami kecacatan terutama pada bahagian mukanya apabila disimbah dengan cecair mudah bakar lalu dicucuh mancis oleh seorang lelaki tidak dikenali, di klinik tempat dia bekerja pada Isnin, 3 Mei 2021.
Cuma ada seorang sahaja yang berada di dalam klinik yang boleh dijadikan saksi.
Banyak wajah cantik Eva Sofiana Wijayanti dimuat naik dalam Instagramnya.
Memetik laporan SuryaMalang.com, Ketua Balai Polis Kalipare AKP Soleh Mas'udi menyatakan mangsa bekerja di klinik Bunga Husada Kalipare.
Menurut Soleh, ketika Eva sedang berehat tiba-tiba masuk seorang lelaki tidak dikenali dengan memakai Jaket hitam, bertopi keledar dan pelitup muka lalu menyimbah cecair mudah terbakar ke bahagian muka mangsa lalu mencucuhkan mancis yang sudah dinyala.
Mangsa yang punya suami dan seorang anak ini meraung kesakitan apabila api menyambar mukanya dan bahagian-bahagian lain seperi dada dan tangannya.
Suspek bergegas keluar dari klinik menuju ke motosikalnya jenis Honda Beat lalu menghilang.
Menurut Soleh, ketika itu hanya terdapat seorang saksi yang berada di lokasi. Saksi itu cuba memadamkan api dengan alat pemadam kebakaran. Selepas itu, saksi membawa mangsa ke Hospital Wava Husada untuk rawatan lanjut.
Tambah Soleh, suspek sedang diburu dengan bantuan semua balai polis di daerah Malang.
Selain bantuan saksi, pihak polis turut melihat kamera TV litar tertutup (CCTV) di premis berdekatan.
Polis percaya suspek adalah orang upahan, yang dapat merungkai kes setelah ditahan.
Mangsa dilaporkan telah memuat naik banyak gambarnya dalam Instagramnya yang memperlihatkan perubahan wajahnya menjadi lebih jelita. Namun mangsa berhenti meletakkan gambar-gambarnya sejak dua minggu lalu.
Siasatan awal polis mempercayai kes ini ada kaitan dengan perasaan iri hati atau dendam. - KitaReporters