Insan & Komuniti 09 Nov, 2021

Video| Terbaiklah Dd Chronicle! Lagu parodi perihal siakap! Lirik lagu, suara, nyanyian menjadi!

@rashidah ibrahim
Bermula di Berita Harian sebagai wartawan di meja berita am 1985, diikuti Berita Minggu, meja mahkamah dan pendidikan sebelum ke majalah Anjung Seri (1993-2015). Jawatan terakhir Timbalan Editor. Meneraju variaseri.com youtube Anjung Destinasi TV.

Share this

Gambar viral dalam media sosial


Tak habis lagi viral mengenai ikan siakap harga mahal di sebuah restoran. Kisahnya semua dah tahu kut, tak perlu nak ulang. 

Kisah membabitkan dua pihak, iaitu pemilik restoran dan satu pelanggan yang mendakwa terkena harga mahal yang kemudian diviralkan.  Ada menyokong pelanggan itu ada yang kata restoran itu tidak salah. Selepas itu satu satu pelanggan lain menceritakan pengalaman masing-masing terkait makan ikan siakap di restoran dan harganya. 

Penulis tak nak mengupas apa-apa mengenai isu ikan siakap yang viral cuma tertarik dengan lagu parodi Youtuber, Dd Chronicle ini. 

Selain memuat naik satu lakonan parodi bersabit terkena harga mahal di sebuah restoran, beliau turut menghasilkan senikata lagu berkait ikan siakap di Facebook, Dd Chronicle, memenuhi permintaan ramai, katanya.  


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan parodi

Dd Chronicle


“(PARODI SONG) Ramai yang mintak buat lagu siakap. Mula2 aku tak tau nak buat macam mana. Last2 lagu Nirmala Siti Nurhaliza jugak aku bedal. Maaf Dato' Seri. Tak sengaja,” tulisnya pada posting itu.

Pengenalan seni kata lagu irama Malaysia itu dimulakan dengan ayat, 

“Diciptakan seekor ikan 

Lembut isi tak mengecewakan, 

Pabila diratah……seluruh pulau kuterlupakan sebentar..”  

Dengar bait lagu beliau sampai habis, sangat mencuit hati. Ternyata nyanyiannya menjadi. Bukan sahaja dari segi lirik, bahkan lenggok suaranya kena dengan lagu irama Malaysia berkenaan. Menyanyai sambil duduk santai pun menjadi, kata netizen. Semua pihak, pelanggan, pengusaha dan orang ramai, terkena dengan lagu itu. Ada unsur nasihat yang elok untuk dihayati. 

Antara ayat akhir, 

“Tangis tidak berlagu sambil menyeluk saku

Cuba cari kredit kad jumpa medikal kad

Hati terus menyumpah up di sosial media

Siakap harga Yahudi tak tertanggung harga!!!”


Kredit: Facebook Dr Chronicle


Rata-rata netizen yang memberi komen memuji Dr Chronicle.

Nurfaizah Mohd Nor:

"Suara abang ni level nasyid, qasidah. Sesuai sangat dengan rentak irama Malaysia. Padu ni kalau berganding dengan Datuk Siti Nurhaliza. Pitching tak lari langsunglah bang. Bait2 lirik pun memang kena dengan muzik latar. Lirik ada makna. Kedua-dua pihak kena tazkirah di abg DD.

Sodap ekau bawa lagu irama melayu Dd , mohon diperbanyakkan lagi bawa irama lagu² sebegini... siap dgn gaya tarik mulut part rangkap lagu last tu yg syok tengok...

Semua genre kau tapau Dd , kau lah penyanyi paling versatile sekali dlm Malaysia ni , nyanyi sambil duduk jaa" 

Izz Al Walid:

Abg memang genius!! Kali ini lirik mmg mantap ...haahahah... Penjual+pelanggan+netizen habis kena tapau dlm lirik ni...ahahahahah

Nick Muezza:

"best lagu ni..wow sejak dd dah jadi retis belakon ni..makin booomm idea..xsabar nak tgok drama dd ganding dgn apit wan lebo.."

Janie Biddie:

"Ada jugak retis yang makan hati menangis bucu sinki dengar sora Abam Dd Chronicle nii!"

Zainudin Md Radzi:

"Perghh bukan setkt sore je mntap... Tp lirik memg betul2 padu... Memg terbaik. la gua suke..."

Jams Pulasan:

"Suara bagus woo...bkn senang bwk lgu ni. Pastu lirik pon tersangat bagus,bnyk nasihat. Hang pi jadi penyanyi la Dd Chronicle oii...dh kaya belanja kami mkn siakap noo."

Surat Beranak Hilang:

"Lirik lagu ni lagi best dari lirik lagu yang artis2 selalu nyanyi."

Syakira Hashim;

"Mula2 aku kata ehh dia ni bnde viral sebuk nk cri propa.. Tpi bila tngok vdeo ni...perghhhh the best ar suara pun."

Sehingga pagi ini, muat naik itu mendapat 4.4K komen dan 15K perkongsian. Dalam muat naik lagu itu, dia turut meletak link mengenai harga ikan siakap di Shopee. - KitaReporters


14
9
0
14
0
You will be interested