Insan & Komuniti 17 Nov, 2021

Video| Reunion selepas 25 tahun! Sahabat Melayu jadi Mickey Mouse! Kejutan hari lahir kawan India!

@fatimah itayah
Mula ceburi dunia kewartawanan sebagai wartawan akhbar. Masih banyak perlu dipelajari!

Share this



PERSAHABATAN adalah satu hubungan yang sangat indah dan pastinya ramai dalam kalangan kita sehingga kini masih bersahabat dengan rakan sepermainan pada usia kecil atau dikenali ketika pada zaman persekolahan.

Perkongsian seorang pengguna TikTok, @norzanarahahmad berhubung pertemuan semula suaminya dengan sahabat lama berbangsa India setelah hampir 25 tahun tidak berjumpa menarik perhatian banyak netizen.

Video dimuat naik berkenaan memaparkan suaminya memakai kostum ‘Mickey Mouse’ untuk memberikan kejutan, sekali gus sebagai hadiah terindah kepada sahabat India yang sedang meraikan majlis hari jadi.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sahabat


Setelah berdiri beberapa ketika bersebelahan ‘birthday boy’, sahabat India berkenaan membuka kostum ‘Mickey Mouse’ dan terus menjerit serta memeluk erat sebaik melihat wajah insan yang sekian lama tidak ditemuinya.

Kedua-dua sahabat berkenaan turut menitiskan air mata, sekali gus meleraikan segala kerinduan yang sekian lama membelenggu setelah terpaksa berpisah.

Menurut @norzanarahahmad, sahabat India berkenaan adalah rakan baik suaminya dan mereka tidak lagi berjumpa setelah berpisah pada usia 12 tahun disebabkan suaminya sekeluarga berpindah rumah.

“Dulu suami duduk estet, jadi dia ramai kawan India dan fasih berbahasa India. Setelah hampir 25 tahun akhirnya berjumpa kembali, betapa rindunya dia pada kawannya,” tulisnya pada video dimuat naik.


Kedua-dua sahabat ini tidak dapat menahan air mata apabila dapat berjumpa kembali setelah hampir 25 tahun mereka berpisah.


Sementara itu, meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terharu dan tersentuh melihat pertemuan semula dua sahabat berkenaan dan menyifatkan persahabatan itu sungguh indah kerana tidak mengira bangsa serta agama.

Pelukan diberikan antara satu sama lain bukan sekadar menunjukkan kerinduan yang begitu sarat bahkan mempamerkan hubungan persahabatan begitu ikhlas terjalin antara mereka tanpa dibatasi perbezaan agama, bangsa atau warna kulit.

Seorang pengguna TikTok, @Bullet04 meninggalkan komen dia tidak menyangka kedua-dua sahabat itu menangis dan menyifatkan air mata itu erti persahabatan sebenarnya.



“Sebak saya tengok, saya turut menangis ‘happy’. Tahniah buat kedua-duanya, nilai persahabatan yang begitu tinggi… memang terbaik,” tulis ummu_fiqa.

“Friendship always best. Berkawan tanpa mengira agama, rindu kawan-kawan zaman sekolah bersama saya yang tetap di hati saya,” ujar Mista J.

“Tengoklah video ini, tolong insaf la kawan-kawan sekalian. Janganlah kita rasis dan benci satu sama lain, tolong sahabat jangan kira kaum,” kata Arunboy.


Antara komen-komen netizen


Perkongsian video ‘prank reunion’ setelah 25 tahun terpisah itu tentunya sedikit sebanyak membuka mata kita semua untuk terus mengekalkan keharmonian hidup sebagai rakyat Malaysia yang berbilang bangsa. - KitaReporters


Pasangan sahabat yang terpisah ketika usia 12 tahun bergambar kenangan bersama keluarga masing-masing.

15
11
0
11
0
You will be interested