Insan & Komuniti 25 Feb, 2021

Video| Habis satu bandar bergelap! Nak selamat nyawa lelaki bersenam di atas tiang elektrik!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


GARA-GARA tindakan pentingkan diri sendiri seorang lelaki yang melakukan senaman di puncak tiang eletrik mengundang kekalutan kepada ribuan penduduk di wilayah Chengdu, China apabila terpaksa bergelap berikutan bekalan elektrik di bandar itu terpaksa dihentikan buat sementara waktu, baru-baru ini.

Memetik People Daily pihak berkuasa kemudian bertindak untuk memutuskan bekalan elektrik di bandar itu bagi mengelak kejadian berbahaya seperti terkena renjatan elektrik kepada lelaki berkenaan selain menjejaskan keselamatan penduduk lain.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan China:

https://kitareporters.com/search?search=China




Kejadian berkenaan dikesan selepas orang ramai melihat aksi seorang lelaki dengan selamba melakukan senaman tekan tubi di puncak tiang elektrik yang mempunyai ketinggian kira-kira 10 meter.

Kejadian berkenaan menjadi tular di negara itu sehingga ditonton sehingga jutaan pengguna.

Malah, dalam kejadian berkenaan, unit kecemasan termasuk pasukan perubatan dikejarkan lokasi kejadian bagi menyelamatkan lelaki tersebut.



Namun sehingga kini, tiada jawapan yang diberikan oleh lelaki berkenaan mengenai kenapa dia bertindak sedemikian dengan memanjat tiang tinggi semata-mata mahu melakukan senaman.

Alahaiiiii banyak lagi tempat nak bersenam.

Lelaki yang tidak dinamakan itu kini ditahan oleh pihak berkuasa kerana melakukan tindakan yang boleh membahayakan orang lain selain membahayakan diri sendiri.

Tindakan ‘kurang cerdik’ itu menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan penduduk yang menyifatkan perbuatan itu hanya menyusahkan orang lain dan membahayakan diri sendiri.

Tak pasal-pasal angkara dia seorang satu bandar begelap… Aduhaiiii apalah nasib! - KitaReporters


0
0
0
4
0
You will be interested