Insan & Komuniti 27 Feb, 2021

Satu keluarga bersama anak kecil jatuh terperosok! Jambatan runtuh semasa bergambar beramai!

@isa ramli
Penglibatan sebagai wartawan 23 tahun mulai 1984 dan bersara awal 2005 . Jawatan terakhir Penolong Kanan Ketua Penyunting Utusan Melayu di Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Penyumbang beberapa majalah, media eletronik dan cetak.

Share this

Keluarga berkenaaan kelihatan seronok untuk mengambil gambar beramai-ramai, tetapi belum sempat selesai sesi bergambar jambatan di mana lokasi tempat mereka berdiri runtuh tiba-tiba. - Kredit  foto-foto: Video TikTok@dinifirmouza.


KEBIASAANYA bagi sesebuah keluarga yang ramai sama-sama pergi bercuti, aktiviti mengambil gambar kenangan seperti suatu kemestian

Antara lain tujuannya untuk dijadikan sebagai memori kenangan bersama semasa menikmati keindahan dan keseronokan sewaktu bercuti tidak kira di mana sahaja termasuklah di kawasan perkelahan, rekreasi, di tepi pantai, kawasan peranginan, berhampiran sungai dan sebagainya.

Melalui gambar yang diabdikan itu tentulah akan menjadi kenangan lebih-lebih lagi jika sudah terpisah jauh atau jarang berjumpa antara satu sama lain.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan percutian:

https://kitareporters.com/search?search=percutian



Tetapi cubalah bayangkan semasa sedang bersedia untuk mengambil gambar tiba-tiba terjadi suatu kejadian tidak diingini berlaku.Tentulah mengejutkan, lebih-lebih lagi jika insiden itu boleh mengundang kemalangan yang menimbulkan kecederaan atau kehilangan jiwa.

Peristiwa mengejutkan ini berlaku ke atas sebuah keluarga besar yang sedang seronok bercuti di sebuah kawasan perkelahan di negara tetangga kita Indonesia yang mengalami kejadian tidak diingini itu. Bagaimanapun tidak dinyatakan di mana ia berlaku.




Sewaktu semua ahli keluarga tersebut termasuk anak-anak kecil bersedia untuk mengambil gambar di sebuah jambatan di kawasan perkelahan, tiba-tiba jambatan itu runtuh.

Berikutan kejadian berkenaan, ahli keluarga tersebut termasuk kanak-kanak jatuh terperosok ke bahagian bawah jambatan yang runtuh.

Bagaimanapun beberapa orang lelaki kebetulan berada di kawasan berhampiran tempat kejadian segera bergegas memberikan pertolongan dan membantu mengangkat mereka naik, lapor Liputan6.com.id pada Rabu 24 Februari 2021.

Video mengenai kejadian tersebut tular dalam media sosial dipaparkan melalui rakaman laman TikTok yang memakai nama @dinifirmouza.


Ibu keluarga berkenaan sedang menenangkan anak kecilnya yang menangis selepas kejadian tersebut.


Melalui video tersebut dipaparkan bagaimana kejadian itu bermula hinggalah pada saat runtuhan berlaku dengan ahli keluarga berkenaan bersama beberapa kanak-kanak termasuk salah seorang daripadanya diusung di atas bahu dalam suasana seronok mula bersiap sedia untuk dirakam gambar mereka.

Bagaimanapun ketika menunggu masa untuk diambil gambar dengan tiba-tiba jambatan di mana mereka berdiri runtuh dan menjadikan ahli keluarga tersebut bersama kanak-kanak jatuh terperosok ke bahagian bawah jambatan. Ketika itu suasana menjadi kelam kabut dan kecoh. 


Beberapa orang berada di kawasan berhampiran kejadian segera membantu membawa keluar ahli keluarga terperosok di bawah jambatan yang runtuh itu.


Selepas kejadian itu turut kedengaran suara tangisan kanak-kanak. Malahan salah seorang ahli keluarga itu sempat bertanya kepada ibu yang memangku kanak-kanak sedang menangis apakah punca runtuhan tersebut.

Dengan spontan dan bersahaja si ibu menjawab mungkin disebabkan berat badan mereka semua antara penyebab kejadian runtuhan itu.


Dua daripada ahli keluarga tersebut sedang mententeramkan salah seorang kanak-kanak yang turut terlibat dalam kejadian jambatan runtuh.


Ramai dalam kalangan pengguna media sosial, menurut liputan6.com.id bimbang dengan keadaan kanak-kanak yang terlibat semasa runtuhan jambatan tersebut. Lebih-lebih lagi salah seorang daripadanya yang diusung di atas bahu dipercayai bapanya semasa kejadian.

Mungkin ada dalam kalangan keluarga tersebut terutama kanak-kanak truma dengan kejadian yang berlaku tetapi mereka bersyukur kerana selamat daripada kecederaan. - KitaReporters


Keluarga ini bagaimanapun bersyukur kerana terselamat daripada kecederaan semasa kejadian jambatan runtuh itu.

0
1
1
0
0
You will be interested