Marchel lancar melafaz akad sambil diperhati oleh Fitri (kanan): - Kredit foto: IG Makassar_iinfo
SATU perkahwinan awal remaja berlaku di Buton Selatan, Sulawesi Selatan pada Sabtu, 6 Mac 2021 lalu. Perkahwinan itu menjadi tular dalam pelbagai media sosial dan mendapat liputan sejumlah media.
Sejak lama dahulu perkahwinan di bawah umur kerap berlaku di wilayah Sulawesi.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kahwin muda:
https://kitareporters.com/search?search=kahwin+muda
Marchel dan Fitri lega selepas selamat dinikahkan.
Namun perkahwinan itu biasanya berlangsung antara remaja bawah umur dan lelaki berusia atau lanjut usia.
Namun perkahwinan kali ini ini agak unik apabila pengantin lelaki Marchel Gunawan, baru berusia 14 tahun, sementara pengantin wanita, Fitri Nurul Amin pula berusia 16 tahun. Ini bererti pengantin lelaki lebih muda 2 tahun.
Pasangan pengantin berfoto dengan keluarga masing-masing.
Perkahwinan awal remaja ini dibantu oleh ibu bapa kedua-duanya bagi mengelak hubungan cinta yang semakin erat perlu dihalalkan sebelum keterlanjuran berlaku walaupun kedua-duanya masih bersekolah di sekolah menengah yang sama.
Walaupun sudah bernikah, namun kedua-duanya dibenar meneruskan persekolahan. Pernikahan pasangan ini sebelum ini mendapat masalah pejabat agama setempat.
Marchel dan Fitri ketika hadir di Pejabat Agama Buron. Kredit foto: Pejabat Agama Buron.
Pejabat Agama Buron Selatan
Permintaan bernikah dibuat pada pertengahan Februari 2021 kepada Pejabat Agama tempatan, namun ditolak. Kemudian mereka menjalani mediasi dan mengemukakan rayuan lagi dan kali ini ini diterima.
Lalu pernikahan dijalankan di rumah keluarga pengantin wanita dengan menjemput saudara terdekat pada Sabtu, 6 Mac 2021.
Namun, pernikahan yang tular ini mendapat respons negatif daripada sebahagian warganet di mana si pengantin dan ibu bapa dipersalahkan.
Pasangan pengantin ini dipersalahkan kerana bernikah cukup awal kerana tidak memikirkan masa depan untuk menafkahi keluarga.
Ada yang mempertikai bagaimana pengantin wanita hendak belajar jika memperoleh cahaya mata. Adakah mereka dapat memastikan si wanita tidak akan mengandung ketika bersekolah?.
Tambah mereka, pihak ibu bapa seharusnya perlu menghalang perkahwinan yang cukup awal itu, bukannya merestuinya dan mengadakan majlis pernikahan yang agak meriah. - KitaReporters