Jambatan kereta api yang menghubungkan Korea Utara dan Rusia. - Kredit foto: Pinterest
PENGALAMAN aneh dan luar biasa yang dialami diplomat Rusia sekeluarga untuk pulang ke negaranya dengan berjalan kaki sambil menolak troli penuh dengan beg-beg pakaian di atas landasan kereta api bakal menjadi kenangan tidak mudah dilupakan sepanjang hayat.
Sekalipun terpaksa menempuhi kepayahan dan kesulitan, diplomat berkenaan bersama isteri dan enam orang anaknya termasuk yang kecil sekali berumur tiga tahun berjaya sampai ke Rusia dengan selamat.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Rusia:
https://kitareporters.com/tag/Rusia
Vladislav Sorokin bersama ahli keluarga kelihatan gembira semasa melintasi jambatan kereta api di Sungai Tumannaya yang menjadi sempadan antara Rusia-Korea Utara. - Kredit foto-foto: Euronews dan Agenai Berita Interfax.
Peristiwa ini terjadi berikutan penutupan sempadan keluar masuk yang dikuatkuasakan oleh Korea Utara dalam usaha tindakan tegas untuk menyekat penularan pandemik COVID-19 sekarang.
Disebabkan langkah tegas tersebut telah tidak mematahkan semangat Vladislav Sorokin, Setiausaha Ketiga Kedutaan Rusia di Pyongyang, Korea Utara bersama ahli keluarga untuk pulang ke negara mereka.
"Keluarga diplomat ini telah mengambil jalan unik dan luar biasa dengan berjalan kaki sambil menolak troli di atas landasan kereta api dalam usaha merentas sempadan antara Korea Utara-Rusia," lapor Euronews pada Jumaat 26 Februari 2021.
Walaupun terpaksa berjalan kaki dan menolak troli penuh berisi barangan termasuk beg pakaian,keluarga Diplomat Rusia ini tetap gembira.
Kementerian Luar Negeri Rusia melalui kenyataan dalam laman sosial Facebooknya menyatakan keluarga diplomat berkenaan terpaksa memulakan perjalanan yang panjang dan sukar untuk mereka pulang disebabkan sempadan antara kedua-dua negara ditutup lebih setahun lalu dan urusan keluar masuk tidak dibenarkan.
Mereka dilaporkan memulakan perjalanan dengan menaiki kereta api selama 32 jam daripada Pyongyang, ibu negara Korea Utara, dan kemudiannya menaiki bas selama 2 jam.
Ahli keluarga diplomat itu terpaksa melintasi sempadan untuk sampai ke sebuah stesen kereta api di pinggir sempadan dan kemudian memuatkan semua barangan termasuk beg dan beg pakaian ke atas troli dan menolaknya di landasan.
Bagi keluarga Diplomat Rusia di Korea Utara,Vladislav Sorokin perjalanan pulang ke negaranya dengan menolak troli yang penuh dengan barangan dan beg pakaian diatas lansaran kereta api merupakan suatu kenangan unik lagi luar biasa.
Disebabkan sempadan kedua-dua negara, Korea Utara-Rusia ditutup pergerakan keluar masuk ini telah memaksa mereka lintas sempadan menggunakan sebuah troli untuk ke stesen kereta api di Khasan, Rusia.
Kemudiannya troli yang dipenuhi dengan barangan dan beg-beg itu ditolak sejauh satu kilometer di atas landasan kereta api oleh Sorokin dengan semua ahli keluarga diplomat berkenaan di atasnya.
Melalui usaha yang mereka lakukan akhir berjaya melintasi sempadan dengan selamat tanpa sekatan apa-apa.
Melalui rakaman sebuah video menunjukkan beberapa ahli keluarga diplomat itu tersenyum dan menjerit ke arah kamera ketika mereka menaiki troli di atas jambatan kereta api di Sungai Tumannaya yang menjadi sempadan antara kedua-dua negara.
Malahan melalui gambar dan video yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negeri itu menunjukkan troli yang mereka tolak dipenuhi dengan beberapa buah beg termasuk beg pakaian.
"Para pegawai di pejabat Kementerian Luar Negeri di Vladivostok menyambut kepulangan diplomat berkenaan di sebuah stesen kereta api di kawasan sempadan yang terletak di bahagian Rusia dan kemudian menaiki sebuah bas disediakan oleh pentadbiran Wilayah Primorsky," kata catatan pada FB itu.
Agensi berita Interfax melaporkan diplomat dan ahli keluarga telah diterbangkan ke Moscow melalui Lapangan terbang Valdivostok pada hari yang sama.
Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov menyifatkan usaha diplomat dan keluarga untuk pulang terlalu sukar dan mencabar. Perjalanan menolak troli penuh dengan beg termasuk beg pakaian suatu yang sukar dipercayai.
Pada tahun 2020, jumlah diplomat asing di Korea Utara berkurangan disebabkan banyak kedutaan asing terutama dari Barat ditutup.
Selain itu, mana-mana diplomat yang hendak pulang ke negara masing-masing terpaksa menunggu berminggu-minggu untuk mendapat kelulusan daripada kerajaan Korea Utara. - KitaReporters