TUAH ayam nampak pada kaki, tuah manusia siapa yang tahu… Mungkin itu peribahasa paling sesuai digambarkan kepada seorang pelombong kecil dari Tanzania apabila bergelar jutawan selepas penemuan dua biji permata tanzanite dekat bandar Manyara baru-baru ini. Lebih menarik batu permata berkenaan dipercayai tidak wujud di mana-mana tempat lain di dunia. : Kitareporters
SANINIU KURYAN LAIZER menunjukkan bongkah permata berharga yang ditemui di utara bukit Mirerani, Afrika, baru-baru ini. AFP
Wow… Sekelip mata jadi kaya-kaya!!!
Memetik laporan insider.com, pemuda berusia 52 tahun itu, Saniniu Kurian Laizer, menemui dua batu permata berkenaan masing-masing seberat 9.27 kilogram dan 5.1 kilogram di utara Bukit Mirerani.
Penemuan batu permata berkenaan juga merupakan bongkah paling besar pernah ditemui di negara berkenaan.
Lebih bertuah apabila batu permata yang ditemui itu dibeli oleh kerajaan untuk diletakkan di muzium sebagai pameran.
Patutlah kerajaan berminat membeli… rupanya paling
besar ditemui!
Batu permata berkenaan ditemukan di sebuah kawasan
yang dipagar oleh Presiden John Magufuli pada tahun 2018 bagi membanteras
aktiviti penyeludupan permata.
Sebelum ini pada tahun 1967, permata tanzanite ditemui di kaki bukit Kalimanjaro di Manyara, wilayah di utara Tanzania.
LAIZER berhasrat membina sebuah sekolah dan pasar raya dengan wang yang diterima untuk keguna masyarakat setempat.
Dalam satu majlis khas, Laizer menerima bayaran
sebanyak RM14.1 juta daripada kerajaan yang disampaikan oleh Menteri
Perlombongan, Dotto Biteko.
Namun pemuda tersebut berkata, wang yang diperoleh itu
bukan untuk dijoli semata-mata tapi akan digunakan untuk memberi manfaat kepada
semua penduduk selain menjalankan pembangunan di kawasan berkenaan.
Katanya, dia berhasrat untuk membina sebuah pasar raya
berhampiran penempatannya selain sebuah sekolah untuk kegunaan penduduk.
Wah mulianya hatimu!!! Mahu berkongsi rezeki dengan rakyat lain.
DUA bongkah batu permata tanzanite yang masing-masing seberat 9 kilogram dan 5 kilogram bakal dipamerkan di muzium Tanzania.
“Saya bercadang untuk membina sebuah pasar raya di bandar Arusha dan sebuah sekolah berdekatan rumah saya.
“Saya berterima kasih kepada tuhan atas apa yang saya
kecapi dengan penemuan batu permata yang sanagt besar ini,” katanya penuh bangga.
Berkongsi cerita penemuan batu yang memberi kekayaan kepadanya,
Laizer berkata dia terus memaklumkan kepada pegawai selepas mengesahkan bongkah
yang ditemui itu adalah batu permata berharga.
Semoga apa yang diimpikan itu memberi manfaat kepada
penduduk setempat. - KitaReporters