PEMILIHAN Presiden Amerika Syarikat November 2020 ini akan melihat persaingan sengit kepada penyandang, Donald Trump. Salah seorang pesaingnya ialah penyanyi rap terkenal dan komposer, Kanye West, 43, yang juga suami kepada Kim Kadarshian. : KitaReporters
Kanye West menyatakan bakal bertanding dalam pilihan raya Presiden Amerika dalam Twitternya pada Ahad, 5 Julai 2020.Menerusi sebuah ciapan dalam Twitter, West berkata dia perlu menyelamatkan Amerika Syarikat (AS).
Kenyataannya itu mendapat perhatian ramai termasuk sokongan daripada figura terkenal. Antaranya, usahawan Elon Musk yang berkata, dia menyokong sepenuhnya niat West itu.Ini bukan kali pertama West mengumumkan hajatnya untuk bertanding jadi Presiden AS pada tahun ini. Pengumuman itu pernah dibuatnya pada acara MTV VMAs pada tahun 2015.
Kanye West mengesah akan bertanding dalam pilihan raya presiden AS dalam laman Twitternya.
Kanye West menyatakan bakal bertanding dalam pilihan raya Presiden Amerika dalam Twitternya pada Ahad, 5 Julai 2020.
"Kita harus mengotakan janji Amerika dengan mempercayai Tuhan, menyatupadukan visi dan membina masa depan kita.
"Saya mahu bertanding menjadi Presiden Amerika Syarikat," katanya.
Kanye West bersama Kim Kadarshian dan anak-anak. - Kredit foto: IG kanyewest
Kenyataannya itu mendapat perhatian ramai termasuk sokongan daripada figura terkenal. Antaranya, usahawan Elon Musk yang berkata, dia menyokong sepenuhnya niat West itu.
West berulang kali memaklumkan dia memang berhajat untuk menunaikan janjinya itu.
Pilihan raya untuk pemilihan presiden baharu AS ke-59 bakal berlangsung pada 3 November 2020. - KitaReporters
Tags: