Insan & Komuniti 14 Jun, 2020

Kematian Lim Chin Aik terus jadi tanya? Mana mayat beliau??

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

HARI Sabtu, 13 Jun 2020 genap 7 tahun satu tragedi kemalangan apabila penebat kilat seberat 20 tan di sebuah bangunan di Jalan Macalister, Pulau Pinang jatuh menyembah bumi. Kejadian yang dikatakan berlaku waktu petang ketika itu merupakan antara satu peristiwa kemalangan yang besar di Pulau Pinang. : KitaReporters


Pulau Pinang sememangnya antara negeri yang kurang berlaku bencana alam, tetapi sekali ia terjadi, pasti terus jadi besar-besaran. 

Dalam kejadian berkenaan, seorang maut, manakala lapan yang lain cedera selain ia juga mengakibatkan kerosakan beberapa kenderaan lain.

Kredit Facebook Mamu Jarum


Namun satu mesteri juga terjadi apabila mayat seorang mangsa, Lim Chin Aik yang terlibat dalam kemalangan itu dikatakan masih gagal ditemukan sehingga kini.

Pelik tapi benar!!!

Tujuh tahun, bukan satu tempoh yang sekejap namun kejadian ini masih menjadi misteri dan tiada lagi petunjuk yang jelas. 

Jika benar mangsa mati di tempat kejadian, pasti akan ada mayat mendiang ataupun paling kurang tanda-tanda beliau sudah pergi dari dunia ini.

Tetapi yang menghairan ramai pihak ialah tiada sebarang petunjuk yang boleh membantu mencari kehilangan beliau biarpun operasi menggali kawasan itu telah dijalankan.

Kerja menggali dan mencari mayat Lim Chin Aik yang dikatakan tertimbus ketika itu juga telah mengakibatkan gangguan air di beberapa kawasan. 

Kredit YouTube Lim Boo Seng 


Persoalannya ke manakah pergi mayat Lim Chin Aik? Apakah atau mungkinkah beliau masih hidup sehingga kini? 

Seribu satu macam persoalan bermain di fikiran.

Oleh itu, pelbagai teori telah timbul bagi mentafsir kejadian ini.

Ada juga yang mengatakan bahawa 'roh' beliau berada berdekatan situ. Moga kejadian ini dapat dirungkaikan. 

Jangan biarkan misteri menyelubungi hidup anda. - KitaReporters

1
9
3
3
3
You will be interested