Insan & Komuniti 29 May, 2021

Ebit Lew di Mesir! Beli keperluan asas, ubat-ubatan! Dua treler bantu penduduk, hospital Gaza!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this


EBIT LEW berdiri di atas sebuah treler dengan muatan barangan pada 28 Mei 2021 yang akan dihantar terus kepada penduduk Gaza. - Kredit foto: Ebit Lew.


PENDAKWAH bebas dan dermawan terkenal, Ustaz Ebit Lew memulakan misi kemanusiaannya untuk membantu penduduk Gaza di Palestin itu apabila dia membeli barangan keperluan asas serta ubat-ubatan sebanyak dua buah treler pada Jumaat, 28 Mei 2021. 

Berdasarkan perkongsiannya yang terbaharu dalam laman media sosial Facebooknya pada 28 Mei 2021, Ebit Lew bersama pasukannya  Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin sudah tiba di Mesir untuk melaksanakan misi kemanusiaan di negara Arab itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Ebit Lew

Kredit foto: Ebit Lew


Sebaik sahaja rombongan Ebit Lew tiba di Mesir pada Jumaat 28 Mei 2021, mereka disambut meriah oleh Kedutaan Malaysia di Mesir selain rombongan itu juga diberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugasan misi kemanusiaan itu. 

Beliau amat terharu dengan sambutan Kedutaan Malaysia di Mesir itu dan mengucapkan terima kasih kepada  Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Wisma Putra yang menyokong serta mempermudahkan semua usahanya



Kredit Foto : Ebit Lew 


``Terima kasih juga atas doa dari semua rakyat Malaysia yang menyokong misi kemanusiaan ini,’’ ujarnya. Dia berkata, pelbagai barangan serta perubatan akan dihantar terus kepada penduduk Gaza itu.

``Syukur pada Allah. Saya beli barang keperluan asas dan ubat-ubatan 2 treler besar dan beberapa lori untuk dihantar terus ke hospital Gaza hari ini (28 Mei 2021). Saya berkerjasama dengan Egypt Red Crescent (Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir) dan Palestin Red Crescent (Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin)

"Terima kasih semua yang bersama misi ini. Demi rasa kekeluargaan. Menangis masa berdoa bersama tadi. Tak senang urusan ini tetapi dipermudahkan oleh Allah. Terima kasih doa semua,'' kata Ebit Lew dalam Facebooknya. 


ROMBONGAN Ebit Lew berada di Kedutaan Malaysia di Mesir pada 28 Mei 2021. - Kredit Foto : Ebit Lew


Kebanyakan netizen yang memberi komen dalam ruangan komen-komen dalam Facebooknya mendoakan semoga segala urusan Ebit Lew dipermudahkan dan berjalan lancar. Amin ya Rabb!! - KitaReporters



 



3
0
0
0
0
You will be interested