Insan & Komuniti 07 Aug, 2020

Terbaik Azren Farhan! Bantu asnaf miliki kaki palsu percuma!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

KALAU kita susah, pasti ada lagi yang lebih susah daripada kita. Jangan pandang hina kepada orang yang hidup dalam kesusahan dengan melemparkan pelbagai tuduhan. â€śEleh dia susah sebab malas bekerja,” ayat yang sering kita dengar daripada netizen apabila sesuatu berita mengenai orang susah yang memerlukan bantuan disiarkan dalam akhbar atau media sosial. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita mengenai usaha bantuan:

https://kitareporters.com/search?search=bantuan


Jangan mudah buat tuduhan melulu seperti itu. Bantulah dengan ikhlas dan bacalah dengan penuh keinsafan bahawa rezeki orang tidak semuanya sama.

Namun sebenarnya kan... alhamdulillah sebenarnya ramai lagi rakyat Malaysia prihatin dan sering membantu orang susah yang memerlukan bantuan.


Salah seorangnya ialah pengguna Twitter dikenali sebagai Azren Farhan. Pemuda ini menubuhkan sebuah syarikat bernama Kedidi Global Enterprise. Menurut Azren, syarikat tersebut telah ditubuhkan pada 2017 dengan bertujuan untuk membuat kaki palsu pada harga mampu milik dan percuma kepada golongan asnaf.

“Kedidi merupakan syarikat yang buat kaki palsu. Secara bersama, Kedidi bermula 2017 dan sejak mula lagi, fokusnya adalah untuk bagi kaki palsu secara percuma untuk asnaf. Sepanjang tiga tahun ini, seluruh Malaysia sudah dijejaki untuk asnaf-asnaf yang memerlukan kaki palsu ini,” tulisnya.


Menghasilkan kaki palsu bukanlah murah kerana ia melibatkan kos ribuan malah boleh mencecah puluhan ribu ringgit. Namun, itu tidak mematahkan perjuangan Azren untuk terus membantu asnaf yang mendapatkan kaki palsu agar kembali berjalan seperti biasa.

“Kenapa buat macam ni? Bayangkan, anggaran buat kaki palsu di Malaysia dalam sekitar harga RM5,000 hingga RM10,000. Ada yang special case kena sampai RM20,000. Kalau jumpa orang susah yang kena potong kaki, kebanyakannya cakap “memang tunggu mati saja”. Mereka memang tak mampu nak dapatkan kaki palsu sendiri,” katanya.


Pada mulanya, Kedidi memang mahu meletakkan harga mampu milik bagi golongan yang kurang mampu. Namun, Alhamdulillah usahanya mendapat perhatian daripada syarikat perbankan dan mereka bekerjasama.

“Jadi, Kedidi memang putuskan untuk letak harga kaki palsu mampu milik untuk orang susah. Tapi Alhamdulillah Allah datangkan bantuan kerjasama dengan PruBSN Prihatin untuk program “Mobility is Life”. Program ini sudah wujud dua hingga tiga tahun yang lalu untuk membantu asnaf dapatkan kaki palsu percuma,” jelasnya.


Justeru, Azren menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat atau golongan asnaf itu sendiri yang memerlukan kaki palsu, agar hubunginya segera.

“Dengan ini, jauh macam mana pun selagi dalam Malaysia, kalau korang ada saudara-mara mahupun kenalan yang tak mampu membeli kaki palsu, tolong hubungi aku untuk aku tolong dengan kadar segera, Insya-Allah tiada bayaran dikenakan jika memenuhi syarat asnaf.

“Sebarang pertanyaan boleh direct message aku atau WhatsApp encik Abdullah (main person) di talian 019-2345829,” serunya.


Semoga apa yang dilakukan oleh Azren mendapat rahmat Allah SWT dan perhatian pihak korporat yang lain. 

Ingat, orang susah ujiannya adalah kesusahan dan kita yang berkemampuan ini, ujiannya adalah sifat keprihatinan dan sejauh mana kita mampu menolong orang yang susah. - KitaReporters

2
0
0
0
0
You will be interested