Insan & Komuniti 31 Oct, 2020

Scammer! Pengemis berlakon OKU! Ada 5 rumah, simpanan RM800k

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

DUNIA hari ini penuh kepalsuan… melihat kesukaran yang dialami seseorang belum tentu itu kebenaran atau sekadar lakonan semata-mata demi mencari kepentingan diri. Namun sudah menjadi adat manusia, pantang melihat seseorang dalam kesusuahan pasti terbit rasa kasihan tapi ada pula yang sanggup menangguk di air keruh. : KitaReporters


TERGAMAK berlakon sebagai pengemis jalanan demi mengaut keuntungan demi kepentingan diri. - Kredit foto: almasryalyoum.com.


Lagi cerita-cerita berkaitan penipuan:

https://kitareporters.com/search?search=penipuan


Alahai… dunia semakin penghujung tiada lagi nilai kemanusiaan sesama kita.

Itu berlaku kepada seorang wanita di Kaherah, Mesir yang berlakon sebagai pengemis dan menggunakan modus operandi berkenaan untuk mengumpul harta.

Alamak ni bukan untuk sesuap nasi tetapi misi yang yang lebih besar rupanya!

Memetik laporan almasryalyoum.com, wanita yang dikenali sebagai Nafisa tergamak berlakon kehilangan kaki, sekali gus memaksa dirinya menggunakan kerusi roda.


Gambar hiasan


Tapi bak kata pepatah sepandai-pandai tupai akhir ke tanah jua.

Itulah yang berlaku kepada Nafisa apabila semua penipuan yang dilakukan itu akhirnya terbongkar.

Semuanya terbongkar selepas beberapa orang mengkui melihat dia mampu berdiri dan berjalan selepas habis tempoh untuk mengemis di jalanan.

Malah beberapa saksi mengakui pernah melihat Nafisa bangun berjalan selepas selesai aktiviti mengemis.

Amboiii sanggup jadi cacat demi kepentingan diri ye? Ini scammer juga ni!!

Lebih mengejutkan pihak berkuasa mula menyiasat Nafisa dan mendapati dia hanya berpura-pura menjadi kudung dan bergelar OKU untuk meraih simpati.


Gambar hiasan... PENIPUAN wanita Kaherah itu terbongkar selepas ada yang melihat dia mampu berjalan selepas selesai mengemis.


Malah hasil siasatan mendapati wanita berusia 57 tahun itu bukannya kudung atau OKU sebaliknya sihat walafiat.

Lebih mengejutkan, pihak berkuasa mendapati hasil usaha mengemis Nafisa berjaya memiliki lima buah kediaman dan simpanan sejumlah 3 juta pound Mesir (hampir RM800,000), yang menjadikan si pengemis itu seorang hampir bertaraf jutawan.

Mak oiii banyak tu.. kalah kehidupan eksekutif muda.


Gambar hiasan


Inilah jadi kalau iman senipis kulit bawang… sanggup lakukan apa sahaja tanpa fikir panjang.

Ingat setiap rezeki yang diperoleh jika diperoleh dengan cara tidak betul akan mendatangkan mudarat kepada diri sendiri. 

Akhirnya Nafisa merana dan kini berdepan hukuman selepas selesai pendakwaan awam. : KitaReporters

1
5
0
1
1
You will be interested