PROSES mengambil lesen memandu kenderaan mahupun lesen motosikal bukanlah sesuatu yang mudah, memerlukan ketelitian yang tinggi untuk lulus ujian berkenaan. Malah menunggu saat dipanggil oleh pegawai JPJ menjalani ujian berkenaan membuat calon menjadi ketakutan dan serba tidak kena kerana bimbang tidak dapat melakukan dengan sempurna.
Baru-baru ini tular kisah seorang wanita yang mencuit
hati ketika menjalani latihan di litar.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan motosikal:
https://kitareporters.com/search?search=motosikal
Dalam latihan berkenaan, wanita itu sepatutnya melalui titi kecil yang menjadi satu daripada halangan dalam ujian berkenaan.
Mungkin kerana terlalu takut dan berdebar-debar
melalui titi yang kecil itu, wanita itu kelihatan selamba menggunakan laluan
biasa.
Ni mesti kes terlalu takut jadi elak keadaan tidak
diingini berlaku menyebabkan dia terus menggunakan jalan biasa.
Situsi berkenaan menyebabkan tenaga pengajar yang ada
di kawasan berkenaan tepuk dahi melihat aksi calon berkenaan.
Alahaiiii…mak cik lucu betul!
Aksi lucu dimuat naik anak kepada wanita berkenaan sebelum berkongsi dalam aplikasi TikTok miliknya @shyamakeover54.
Namun itu kisah bulan lalu
yang menunjukkan ibunya masih ketakutan ketika menjalani latihan.
Terbaharu, Shya berkonsi video
ibunya yang semakin berani menjalani dan yakin untuk melalui titi kecil yang
perlu dilalui dalam tempoh tujuh saat.
Kongsi Shya ibunya cekap
menunggang motosikal dan hanya menunggu masa untuk diuji.
Dia juga sempat memohon doa daripada semua supaya ibunya lulus dengan semurna dan memperoleh lesen.
Wah kemain lagi lalu titi…laju pulak tuh. Hati-hati nanti dapat surat cinta daripada polis kan!.
Semoga ibu Shya lulus dengan
jayanya dan peroleh lesen B Full secara sah. - KitaReporters