DUNIA semakin tenat, saban hari pelbagai kisah tragis dilaporkan sehingga kadangkala tak masuk dek akal seperti yang berlaku di Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat. Amanda Sharp-Jefferson dilaporkan membunuh kedua-dua anaknya, Rose dan Lily masing-masing berusia satu tahun dan dua bulan dengan cara melemaskan mereka kerana organ bayi mempunyai nilai yang tinggi di pasaran gelap. : KitaReporters
Lagi kisah-kisah berkaitan pembunuhan:
https://kitareporters.com/search?search=pembunuhan
Memetik laporan Daily Mail, bapa kepada dua bayi malang itu, Jaykwon Singleton menghubungi pihak polis dan melaporkan menemukan kedua-dua bayi perempuan itu dalam keadaan bertindih antara satu sama lain di dalam buaian.
Malah dia mendakwa perbuatan kejam pada 6 November 2020 itu dilakukan sendiri oleh teman wanitanya.
Menurut pihak polis, wanita itu mendedahkan dia berbuat demikian kerana organ bayi mempunyai nilai yang tinggi di pasaran gelap.
Pasangan ini telah bersama sejak 2018 dan semuanya kelihatan normal sehinggalah baru-baru ini wanita itu mula berbicara mengenai perkara ghaib dan menuduh Singleton curang dengan isteri daripada alam ghaib.
Malah selepas ditahan, wanita itu menafikan dia mengenali Singleton, malah menegaskan dia tidak pernah mempunyai anak. Sharp-Jefferson turut menyatakan dia tinggal berseorangan di kediamannya dan apabila bangun tidur pada hari kejadian, dia menemui dua mayat bayi di ruang tamu.
Dia memberitahu pihak polis bahawa dua bayi itu, segala alat permainan dan kereta tolak mereka telah diletakkan secara sengaja oleh seseorang. Tidak cuba menghubungi pihak polis, sebaliknya wanita itu mengambil keputusan untuk mandi membersihkan diri.
“Amanda menerangkan seorang kanak-kanak itu berkulit gelap dan seorang lagi berbuih di mulut. Sebaik menyedari mayat dua kanak-kanak itu, daripada meminta pertolongan, dia mengambil keputusan untuk mandi kerana tegasnya ‘dia suka mandi’,” jelas jurucakap polis.
Pihak polis masih menjalankan siatasan untuk mengenal pasti punca kematian dua bayi malang itu.
Wanita itu kini dihadapkan ke mahkamah dan berdepan dua pertuduhan kerana membunuh. - KitaReporters