Insan & Komuniti 08 Feb, 2021

Nasib pelajar ikuti PdPR di ponduk usang dapat perhatian! ADUN bantu beri kanopi, meja, kerusi

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this

Sabri Mohd Nor menyampaikan makanan KFC kepada pelajar di Kampung Payong, Sungai Tong, Setiu,. Terengganu pada 5 Februari 2021.


NASIB 25 pelajar di Kampung Payong, Sungai Tong, Setiu yang berlindung di sebuah pondok usang yang hampir roboh sebagai tempat mengikuti kelas Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian akhirnya mendapat perhatian daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Langkap, Datuk Sabri Mohd Noor yang memberikan dua buah kanopi bersama beberapa kerusi dan meja. 

Malah bukan itu sahaja, beliau turut menbawa 100 pek makanan KFC kepada pelajar dan ibu bapa terbabit yang tinggal di kampung itu ketika berkunjung pada hari yang sama ke lokasi berhampiran dengan pondok buruk itu. 


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan PdPR:

https://kitareporters.com/search?search=PdPR


Tolong kami! Bantu 25 murid sekolah! Terpaksa guna pondok usang ikuti PdPR kerana isu Internet



Peralatan yang diagihkan pada  pada 5 Februari 2021 lalu itu adalah untuk keselesaan 25 pelajar itu yang terdiri dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langkap dan Sekolah Kebangsaan (SK) Payong Baru yang sebelum ini mereka terpaksa menumpang di pondok buruk itu sejak sebulan lalu untuk mereka belajar secara online.

DULU para pelajar terbabit belajar online di pondok buruk ini.


SEKARANG pelajar sekolah terbabit belajar PdPR secara dalam talian di dua konopi yang disumbangkan oleh ADUN Langkap. 


Ini kerana di Kampung Payong hanya di sekitar pondok usang itu sahaja yang terdapat rangkaian internet yang laju berbanding di kawasan kediaman ibu bapa pelajar  itu. 

Sabri yang juga Ketua UMNO Bahagian Setiu memberitahu masalah yang dialami oleh pelajar berkenaan terpaksa belajar di situ  sudah diketahui sejak beberapa hari lalu.


 


KERUSI dan meja yang disumbangkan oleh Sabri untuk pelajar belajar PdPR di Kampung Payong, Sungai Tong, Setiu, Terengganu pada 5 Februari 2021.


Tetapi, katanya, disebabkan Perintah Kawasan Pergerakan (PKP) selain masalah lain menyebabkan penghantaran peralatan tersebut tertanguh sedikit. 

``Sekarang saya sudah bagi dua kanopi, enam meja dan 40 kerusi untuk kemudahan pelajar itu belajar dalam talian di bawah kanopi dan saya rasa mereka dapat belajar dalam keadaan selesa serta keselamatan lebih terjamin jika dibandingkan mereka belajar di pondok itu terpaksa duduk di atas lantai simen.



``Insya Allah saya akan datang lagi untuk melihat situasi pelajar itu dan sekiranya ada apa-apa yang patut saya berikan saya akan hulurkan supaya mereka tidak tercicir dalam PdPR,’’ katanya ketika dihubungi petang Sabtu, 6 Februari 2021. 

Ketua UMNO Bahagian Setiu itu sebelum itu telah mengagihkan bantuan makanan kepada 190 keluarga miskin di Kampung Bukit Putera, Sungai Tong.



SABRI memikul bungkusan makanan untuk diagihkan kepada penduduk Kampung Putera, Sungai Tong pada 5 Februari 2021


Beliau bersama pasukannya bergerak dari rumah ke rumah untuk memberi bantuan makanan itu selain mereka beramah mesra dengan penduduk kampung terbabit.

``Sebelum ini, kita biasanya memberi sumbangan makanan seperti itu dilaksanakan dalam satu majlis sama ada di balai raya atau di suatu tempat yang ditentukan dan penduduk kampung akan datang  mengambil barangan itu di lokasi tersebut. 

``Tetapi kini musim PKP,  kita sentiasa mematuhi peraturan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan lalu kita mengagihkan sumbangan itu dari rumah ke rumah keluarga miskin selain mereka yang terjejas pendapatan akibat Covid-19,’’ katanya lagi. 



KETUA UMNO Bahagian Setiu memberi sumbangan makanan kepada penduduk Bukit Putera, Sungai Tong, Setiu

1
0
0
2
0
You will be interested