Insan & Komuniti 20 Oct, 2021

Jadi negara tua: Biro Warga Emas perlu diwujudkan! Lindungi hak mereka! Demi jamin masa depan!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


SEBAGAI persiapan negara menjadi 'negara tua' dalam tempoh kurang daripada 10 tahun ini, perisai penting dalam memelihara hak golongan itu perlu diwujudkan.

Atas dasar kesedaran itu, Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye menggesa pihak berkuasa mewujudkan Biro Warga Emas sebagai  melindungi dan memelihara hak golongan itu di negara ini.

Penubuhan dilihat sesuatu yang penting bagi mendepani situasi negara yang bakal menjadi ‘negara tua’ dalam masa kurang daripada 10 tahun ini.

Malah, ketika ini 15 peratus penduduk adalah mereka yang tergolong dalam lingkungan usia 60 tahun ke atas.


Lagi kisah menarik berkaitan warga emas


Lee Lam Thye menggesa Biro Warga Emas  diwujudkan sebagai  melindungi dan memelihara hak golongan itu terutama melibatkan kebajikan golongan berkenaan.


Menurut Lam Thye, ini bermakna akan ada cabaran yang lebih besar bagi pihak kerajaan, bahagian perubatan, industri perkhidmatan dan ahli keluarga untuk memenuhi keperluan masa depan warga emas yang merupakan golongan yang penuh ilmu pengetahuan dan pengalaman.

“Persoalannya kini, adakah kita cukup bersedia untuk apa yang akan terjadi? Sudah banyak masalah yang kita hadapi dan jika kita tidak mengatasinya sekarang, masalahnya akan berlipat ganda pada 2030.

Masalah kesihatan antara masalah utama yang dihadapi golongan warga emas. Jadi kerajaan perlu mewujudkan dasar yang memelihara mereka seperti memberi perubatan percuma serta keutamaan rawatan di hospital kerajaan,” katanya, baru-baru ini.



Malah, laporan baru-baru ini menyatakan, sekurang-kurangnya separuh daripada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini tidak mempunyai simpanan yang melebihi RM10,000 sebagai persiapan pada hari tua .

Katanya, kerajaan perlu melihat perkara ini sebagai sesuatu permasalahan besar dan perlu bertanggungjawab menyalurkan bantuan-bantuan khas kepada warga emas seperti alat bantuan pendengaran, pemeriksaan perubatan tahunan percuma serta keutamaan rawatan di hospital kerajaan selain cermin mata, kerusi roda dan gigi palsu yang memerlukan pembiayaan subsidi.

“Kebanyakan mereka, tidak mahu untuk menjaga kesihatan diri atas sebab bimbang jika menghadapi masalah kewangan, terutama mereka yang berada di dalam golongan B40,” katanya.



Jelas beliau, lebih menyedihkan ada dalam kalangan warga emas kini yang berdepan masalah apabila terpedaya dengan helah penipuan dan terlibat dalam kes penganiayaan (financial abuse) dengan laporan Health and Morbidity Survey (2018) menyebut, satu daripada 100 warga emas di negara ini diperdaya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

“Dengan penubuhan Biro Warga Emas, ia akan membantu warga emas memahami literasi teknologi dan turut melengkapkan mereka dengan ilmu yang perlu untuk melindungi mereka dalam ruang teknologi,” katanya.

Tambahnya, ini adalah tanggungjawab kerajaan dalam melaksanakan usaha itu, kerajaan perlu bertindak  cepat supaya nasib golongan warga emas terbela. - KitaReporters



13
18
0
9
0
You will be interested