Insan & Komuniti 01 Jun, 2020

Nak sangat melepak kan! Polis bagi hadiah 'baucar' RM1,000!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

ARAHAN telah diberikan, jangan melepak di luar sesuka hati kerana kita sekarang ini dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB). Tetapi seperti biasa, kedegilan sesetengah masyarakat sukar untuk dibawa bincang. : KitaReporters


Dalam rondaan serta serbuan pihak polis malam tadi (Ahad, 31 Mei 2020) yang dilakukan oleh Polis Daerah Barat Daya, Bayan Baru, Pulau Pinang, polis telah menahan seramai 42 orang di Pantai Seagate. 

42 orang guys, bukan sikit ya!!!! 

Ada 15 pasangan yang sedang asyik berasmara pulak tu!! Adoi!!

Kredit FB Amirul Ainul 


Oiii, ramainya, korang buat majlis rumah terbuka ka kat situ ke?

Dalam serbuan itu juga, ada beberapa orang didapati minum minuman keras. Ini bukan biasa-biasa punya lepak ini.


Mungkin niat mereka ingin mengambil angin laut sambil melihat keindahan alam pada waktu malam.

Ada juga beberapa pasangan yang dilihat melepak di bawah bulan purnama, di bawah lampu samar-samar sambil ditiup angin sepoi-sepoi. 

Disebabkan itu, polis bermurah hati apabila beri baucer 'kompaun' sebanyak RM1,000 kepada mereka yang ditahan dan boleh ditebus di kaunter balai polis berhampiran.

Kepada masyarakat di luar sana, jika, mahu melepak juga, usahlah terlalu lama atau terlalu lewat risau-risau nanti polis datang bagi baucer lagi.

Tambahan pula ketika ini kita dalam fasa PKPB di mana kita jaga kita bukan kita jaga diri sendiri.

Kita mesti menang lawan COVID-19 ini. - KitaReporters

1
4
0
0
0
You will be interested