Insan & Komuniti 14 Oct, 2020

Hanizan Hadrus si penjual aiskrim! Spiderman! Sukarelawan!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

SEORANG penjual aiskrim, Hanizan Hadrus, 42, menjadi tarikan dan tumpuan penduduk negeri Perlis sekiranya ingin menganjurkan sambutan hari ulang tahun kelahiran atau sebarang majlis keraian. Hanizan yang lebih dikenali dengan Zan Aiskrim Palit akan memakai kostum Spiderman ketika menghadiri majlis sambutan hari lahir yang dianjurkan. : KitaReporters

'Spiderman' meriahkan sambutan hari ulang tahun baru-baru ini.


Lagi cerita-cerita berkaitan aiskrim:

https://kitareporters.com/search?search=aiskrim


Anak ketiga daripada lima beradik yang berasal dari Repuh, Perlis ini memulakan perniagaan aiskrim sejak April 2007 di hadapan Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Indera Kangar.

‘Saya menjual aiskrim dengan harga RM1 satu kon besar ketika ini dan untuk majlis keramaian saya meletakkan harga 50 sen satu kon bagi membolehkan lebih ramai yang dapat menikmatinya," katanya, yang mesra dipanggil Zan, ketika ditemui.

Hanizan Hadrus menyiapkan laporan untuk tempahan dan kerja kemasyarakatannya.


Hanizan Harris memakai kostum Spiderman


Bagi menarik perhatian dan menambah sumber pendapatan hariannya dari RM50 kepada RM150 sehari beliau membeli kostum yang berharga RM400 sepasang.

Oleh kerana permintaan untuk menghadiri majlis sambutan ulang tahun dan keraian dengan kostum itu tinggi, maka dia terpaksa membeli tiga pasang lagi pakaian itu.

Zan menambah permintaan untuk menghadirkan diri ke majlis yang dijemput bukan sahaja untuk melihatkan dirinya dengan kostum ‘spiderman’, malah ada juga keluarga yang  menjemputnya turut membeli pakaian ‘spiderman’ untuk memeriahkan majlis yang diatur itu.

Zan bersama-sama memotong kek hari ulang tahun.


Selain daripada menjual aiskrim,  Zan juga terbabit dengan kerja kemasyarakatan dengan memberi bantuan kepada penduduk yang memerlukan keperluan harian antaranya beras, pakaian, lampin pakai buang, gula, tepung, minuman dan lain-lain lagi.

Dalam pada itu, dia juga turut menyediakan perkhidmatan van jenazah secara percuma dan juga perkhidmatan ambulans kepada mereka yang memerlukannya.

Van jenazah itu dibeli hasil sumbangan orang ramai dan diwakafkan untuk keperluan mereka yang memerlukannya.

Perkhidmatan ambulan juga disediakan.


"Saya amat berterima kasih kepada semua pihak sama ada di negeri Perlis atau di luar negeri ini kerana sentiasa menghulurkan sumbangan bagi pembelian barangan atau keperluan lain antaranya keranda, kain kapan dan sebagainya untuk diwakafkan agar dapat menyalurkan kepada mereka yang kurang mampu," sambungnya lagi.

Oleh itu mereka yang ingin menyumbang untuk tabung kebajikan bagi membantu masyarakat di negeri Perlis ini boleh menghubungi Hanizan Hadrus melalui talian 01115454463 untuk keterangan lanjut. - KitaReporters

Zan dua dari kiri menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada salah seorang penduduk Perlis.

Keranda juga disediakan untuk mereka yang memerlukan.

3
0
0
0
0
You will be interested