Insan & Komuniti 21 Apr, 2021

Video| Benarlah cinta itu buta, usia bukan penghalang! Wanita 53 tahun dinikahi pemuda 28 tahun

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


KETIKA usia sudah 53 tahun, Elisa sudah memiliki jawatan yang selesa dan kedudukan kewangan yang mantap. Namun balu dua anak ini berasa kesunyian selepas lama ditinggalkan suami yang meninggal dunia

Dalam usia yang semakin meningkat, dia terus memohon kepada ilahi untuk diberikan peneman hidup pada usianya yang berbaki dan selalu melakukan solat tahajud untuk tujuan itu.

Dia juga tidak mengharapkan lelaki seusia, malah dia reda jika mendapat jodoh lelaki yang jauh lebih muda daripadanya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perkahwinan

Cecep Bagja menerima lamaran Elisa walaupun berjarak usia 25 tahun. - Kredit foto: Tribune News

Baginya, usia hanyalah sebuah angka, bukan penghalang untuk mendapatkan kebahagiaan hidup. Elisa selama ini tidak begitu mengikut perkembangan media sosial.

Tetapi sejak Mac 2021, Elisa mula mengikuti perkembangan media sosial Facebook. Bagai ada gerakan dalam hatinya. 

Elisa cuba berkenalan dengan seorang lelaki dikenali sebagai Cecep Bagja, 28, melalui Chat Messenger dalam Facebook. Perkenalan itu berbalas. 

Perkenalan melalui Facebook itu bermula 17 Mac 2017. Mulai tarikh itu kedua-duanya mula bersembang melalui Facebook dan sering membuat panggilan video dan terlihat ada keserasian.



Akhirnya Elisa memberanikan diri untuk mencurahkan isi hatinya untuk menjadi isteri Cecep walaupun perbezaan usia ialah 25 tahun.

Elisa pada mulanya menyangka lamarannya tidak bersambut. Tetapi mungkin ia merupakan takdir tidak diduga. Cecep juga mempunyai perasaan terhadap Elisa yang hampir sebaya dengan emaknya.

Dari segi kedudukan, kedua-duanya bagaikan ‘laut dan bumi’. Elisa merupakan pegawai tinggi di Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan di Nunukan, Kalimantan Utara, sementara Cecep hanya memiliki perniagaan kecil membaiki telefon bimbit di Garut,

Jawa Barat. 

Cecep sebelum ini mempunyai hasrat untuk mempunyai isteri menjelang Ramadan 2021 agar dapat berpuasa bersama. Namun ketika itu dia masih tidak mempunyai calon isteri. Tanpa diduga dia dilamar oleh Elisa.

Walaupun mengetahui usia Elisa berjarak 25 tahun, namun mengganggap ia adalah jodohnya. Tidak sampai sebulan, kedua-dua bersetuju untuk mengadakan akad nikah.


Cecep mengikut isterinya tinggal di Nunukan, Kalimantan. - Kredit foto: amp.kaltara.prokal.co


Majlis akad nikah berlangsung di rumah Elisa pada 13 April 2021, iaitu selepas solat tarawih pada hari pertama Ramadan 2021 iaitu setelah 26 hari perkenalan.

Mas kahwinnya ialah Rp173.000, iaitu sempena permulaan perkenalan jarak jauh kedua-duanya. Elisa tidak meminta hantaran lain.

Kedua-duanya tidak sanggup terpisah jauh setelah sudah menjadi suami isteri, lantaran Elisa sedang mencari rumah kedai di Nunukan bagi membolehkan suaminya menjalankan peniagaan membaiki telefon pintar agar mereka dapat hidup bersama.

Cecep sebagai anak tunggal bercadang membawa ibunya, yang hampir sama usia dengan Elisa, tinggal bersama di Nunukan.

Kisah mereka membuktikan hidup bersama tidak memandang usia untuk mengecap kebahagiaan. Walaupun masyarakat berpandangan sinis, bagai ‘anak’ dan ‘ibu’ antara kedua-duanya, namun mereka berazam membuktikan hubungan dapat kekal hingga ke akhir hayat. 

Bagi  Elisa jodohnya dengan Cecep Bagja ditentu oleh Tuhan yang mempunyai rahsia tertentu. - KitaReporters


Kredit foto: niaga.asia

3
2
2
0
2
You will be interested