Insan & Komuniti 08 Jan, 2021

Pengantin lelaki lari! Tetamu ganti jadi raja sehari! Tutup malu keluarga pengantin perempuan

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: akmar_mm@yahoo.com

Share this

KEJADIAN pengantin lelaki melarikan diri pada hari perkahwinan dan kemudian tampil hero menyelamatkan heroin, tak ubah seperti cerita Hindustan. Kejadian benar yang berlaku di perkampungan Tarikere Taluk, daerah Chikkamagaluru, Karnataka, India ini mendapat perhatian warga setempat. : KitaReporters


Siapa sangka, Chandrappa yang hadir sebagai tetamu akhirnya menjadi raja sehari.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan perkahwinan:

https://kitareporters.com/search?search=perkahwinan


Lapor portal India Times pada 5 Januari 2021, kejadian itu mendapat perhatian warga setempat kerana kedudukan pengantin lelaki bernama Naveen yang melarikan diri itu diganti oleh seorang tetamu.

Tetamu lelaki tersebut bertindak menyelamatkan maruah keluarga wanita berkenaan dengan menjadi pengganti. Pengantin lelaki bertindak melarikan diri ketika majlis sedang berlangsung.

Hal tersebut dikatakan berlaku kerana kekasih gelap pengantin lelaki mengugut untuk minum racun di hadapan para tetamu dan mahu merosakkan majlis pernikahannya.


Pengantin lelaki melarikan diri kerana diugut oleh teman wanita yang mahu merosakkan majlis perkahwinannya. - Kredit foto: India Times


Tindakan Naveen melarikan diri itu membuatkan maruah bakal isterinya, Sindhu dan keluarga tercemar apatah lagi ketika itu tetamu sudah ramai.

Walaupun dalam keadaan panik, akhirnya keluarga pengantin perempuan menemui jalan penyelesaian apabila tekad mencari pengganti dalam kalangan tetamu yang hadir.

Maruah mereka akhirnya berjaya diselamatkan apabila ada seorang tetamu yang sesuai dan bersetuju untuk berkahwin, sekali gus menggantikan tempat pengantin lelaki yang lari.

Tetamu yang bertukar status menjadi raja sehari itu bernama Chandrappa. Lebih manis dan mengharukan, keluarga Chandrappa yang turut hadir bersetuju anaknya berkahwin dengan Sindhu.


Seperti kisah dalam filem Hindustan, pengantin perempuan berjaya mencari pengganti dalam masa singkat selepas pengantin lelaki melarikan diri. - Kredit foto: India Times


Sebelum kejadian, Naveen dan Sindhu telah melakukan pelbagai tradisi praperkahwinan dan semuanya nampak baik dan berjalan lancar sehinggalah hari perkahwinan.

Inilah orang kata, kalau tiada jodoh, saat mahu bernikah pun boleh terbatal. Sebaliknya kalau sudah jodoh, tetamu pun boleh bertukar menjadi raja sehari! Menarik bukan? - KitaReporters

13
3
0
1
1
You will be interested