Nama Mizz Nina dalam beberapa hari ini menjadi sebutan para peminat dan paling kemuncak menjadi bualan peminat apabila secara rasmi beliau memuat naik status berkenaan isu rumah tangga beliau bersama pasangannya, Noh Salleh dalam Instagram miliknya pada 4 Ogos 2022 yang dipercayai sudah berakhir selepas 11 tahun bersama.
Menurut, Mizz Nina atau Shazrina Azman, dalam masa 11 tahun bersama pelbagai suka dan duka mereka lalui bersama namun begitu mereka merancang namun Allah sebaik perancang.
Lagi cerita-cerita berkaitan penyanyi Mizz Nina
Ramai peminat menjadikan pasangan ini sebagai inspirasi dek kerana kisah mereka terutama Mizz Nina yang berhijrah dalam dunia seni. - Kredit foto-foto: IG Mizz Nina
Melihat situasi yang getir dilalui ketika ini oleh Mizz Nina, rakan-rakan artis serta peminat setia tampil memberi kata-kata semangat untuk beliau dan ramai mendoakan yang terbaik untuk Mizz Nina dalam menghadapi situasi ini.
Masalah rumah tangga mereka mula menjadi perhatian ketika Noh Salleh atau nama sebenarnya, Mohammad Noh Salleh menjawab soalan dari media dan lepas itu, ramai pula mengikuti perkembangan pasangan ini.
Ramai peminat menjadikan pasangan ini sebagai inspirasi dek kerana kisah mereka terutama Mizz Nina yang berhijrah dalam dunia seni.
KitaReporters.com mendoakan yang terbaik untuk Mizz Nina dan Noh Salleh agar semua yang dilalui ini ada hikmah terbaik untuk masing-masing. - KitaReporters
Kredit foto-foto: IG Mizz Nina