RAMAI orang dalam alam maya menggelar Yusuf Dikec sebagai Penembak Upahan Dari Turkiye (Hitman From Turkiye) macam filem James Bond - From Russia With Love - selepas tertawan dengan aksi menembaknya yang membolehkan dia muncul naib juara (pingat perak) dalam acara di Sukan Olimpik 2024 Paris.
Sebabnya dia menang mudah dalam acara menembak pistol dalam jarak 10 meter sekali gus menimbulkan kata-kata sindiran daripada media yang menyamakannya seperti penembak upahan. Malah tidak kurang, ada yang menuduh Yusuf sebagai perisik negara itu menyamar sebagai peserta sukan yang mewakili Turkiye.
Reuter melaporkan pada usia 51 tahun, Yusuf menjadi bualan muda-mudi yang mempopularkan dia dengan menjadikan dia adiwira komik, anime filem. Dia disebut sebagai ejen perisik 007 yang terkenal karya Ian Fleming itu.
"Eh.. dia memang penembak upahan tu. Dia macam bekas perisikan Turkiye yang pencen dan dipanggil untuk "bertugas" kali terakhir untuk membawa pingat perak sekali gus memberi hadiah pertama untuk negara megah memperagakan diri di pentas dunia," komen netizen.
Seorang lagi netizen memberi nama jolokan perisik filem James Bond 007 dan mencadangkan namanya sebagai perisik Inggeris terbaharu. Ini kerana mereka melihat watak, gaya, pengalaman dan teknik menembak itu lebih kurang seperti seorang ejen perisikan tetapi dia mewakili kerajaan Turkiye yang sedang menyamar.
Reuter dalam laporannya, memetik kata-kata netizen yang ternganga bila melihat Yusuf yang selamba menampilkan dirinya "selekeh" dan tanpa peralatan melindungi mata seperti lensa khas sebagaimana peserta lain, Tetapi masih mampu melepaskan tembakan ke arah sasaran tembakan tepat (bulleyes).
Dalam TikTok ada yang memberitahu Yusof, yang dikatakan pernah jadi juara menembah peringkat dunia pada 2011, dengan sengaja mendapat pingat perak kerana dia tahu lelaki tidak boleh memakai emas.
Yusof seorang duda adalah bekas pegawai daripada bekas anggota Markas Gendarmerie Turkiye dan ahli kelab sukan penembak - Jandarma Gücü Sports Club serta pernah menyertai Sukan Olimpik pada 2008, 2012, 2016, dan 2020.
Kelebihan Yusuf kali ini agak mengejutkan, namanya melonjak serta merta apabila rakaman perbualan dengan pemilik industri kereta elektrik, Elon Musk dimuat naik dalam media sosial Platform X.
Sambil berkongsi pingat Olimpik itu, Yusuf bergurau dengan Elon, "Hi Elon, ada tak awak fikir satu hari nanti robot boleh menang pingat di kejohanan ini dengan tangan diseluk ke saku. Apa kata datang ke Istanbul, ibu kota yang mengumpul budaya dunia."
Elon menjawab pantas, "Robot dah tentulah tembak tepat ke titik sasaran."
Tidak cukup dengan laporan itu, para pelukis komik dan penggiat industri filem seantero dunia pula muncul dengan pelbagai idea kreatif malah ada yang mencetak namanya di kemeja-T warna putih. Dalam masa sama mereka ada siap merangka potret Yusuf sebagai hero baharu dalam komik.
Lebih luar biasa lagi ada yang sangat teruju mencadangkan, "Ini dia calon Perisik 007 James Bond."
Yusof dengan anak perempuannya, Basak.
Sementara itu, Basak anak perempuan Yusuf yang berumur 9 tahun memberitahu, dia kena kerap memberi motivasi kepada ayahnya setiap kali mahu mengalah."Saya memberitahunya agar menarik nafas terlebih dahulu dan menghembus sampai habis sebelum mengacu pistol. Kalu tidak tangannya akan mengigil."
Yusuf akan mencuba menyertai Olimpik Las Angeles 2008 kalau gagal, dia akan bersara. - KitaReporters