"Jika ditemukan (pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang), kita akan bayar. Jika tidak ditemukan kita tak bayar."
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian semasa mengulas isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 sejak 8 Mac 2014 pada satu sidang media pada 25 Disember 2024.
Katanya, selepas lebih sedekad pesawat MH370 hilang dari radar, masih banyak persoalan dan misteri belum lagi terungkai.
"Pandangan saya, kerajaan perlu mengimbangi keperluan mencari MH370, tetapi pada masa sama memastikan nilai terbaik dalam membelanjakan wang rakyat.
"Bukan sahaja keluarga dan waris, malah rakyat juga berhak untuk mendapatkan jawapan akan segala persoalan.
"Justeru itu, kerajaan akan memberikan kerjasama sepenuhnya jika pencarian berjaya membuahkan hasil yang dinanti-nantikan selama ini," tegas Perdana Menteri. - KitaReporters/Kenyataan Media
Tags: