Satu lagi lamaran luar dari kebiasaan berlaku di Bermi, Gembong, Pati, Jawa Timur pada Sabtu, 27 April 2024.
Selain beberapa kereta mewah, sebuah lori tunda, dan beberapa buah lori pikap diguna untuk membawa sejumlah barangan berharga, termasuk sejumlah barangan makanan.
Penduduk kampung gempar dengan kedatangan kenderaan itu yang membawa beberapa barangan untuk lamaran. Rombongan didahului beberapa kereta mewah dan diIkuti sebuah lori tunda dan beberapa lori pikap.
Lori tunda itu membawa sebuah kereta jenis Honda CRV berwarna hitam. Pada bahagian plat dicatat perkataan "Happy Wedding Hendri & Salwa".
Ia diikuti lori pikap membawa sebuah motosikal jenis Honda berwarna putih. Kemudian sebuah pikap muncul membawa seekor kerbau bersaiz besar.
Ia dikuti beberapa pikap membawa sejumlah barang rumah seperti katil, tilam, almari rias serta beberapa barangan elekrik seperti peti ais dan peti TV.
Ada juga lori pikap yang membawa berkampit-kampit beras, ratusan biji kelapa dan sejumlah barangan keperluan di dapur.
Sementara ahli keluarga membawa wang tunai Rp100 juta (kira-kira RM30 ribu) yang diletak dalam bekas lutsinar. Turut disertakan ialah beberapa barangan kemas daripada emas.
Lamaran itu datang daripada Henri Agustiawan, seorang peguam dari golongan berada. Sementara si wanita bernama Salwa Fuadia, seorang guru.
Akad nikah antara Hendri dan Salwa dijangka berlangsung pada 9 Mei 2024.
Majlis akad dijangka berlangsung pada Khamis, 9 Mei 2024 di Masjid Baitul Izzah Desa Bermi, Gembong, Pati. Majlis resepsi dijangka berlangsung meriah.Majlis lamaran ini kini tular di Indonesia dan menjadi bahan berita sensasi dalam media cetak dan media elektronik di Indonesia. - KitaReporters
Tags:
#Honda
#perkahwinan
#motosikal
#kereta mewah
#kerbau
#kemewahan
#Jawa
#lamaran
#barangan elektrik
#peralatan rumah
#hantaran
#hadiah perkahwinan
#barangan kemas
#kenderaan mewah
#Pati
#barangan hantaran
#hadiah mewah
#pinangan
#Gembong
#majlis pinangan
#Honda CRV
#Henri Agustiawan
#Salwa Fuadia
#Desa Bermi