Tidak semua orang dianugerah dengan hati yang murni dan ikhlas dalam menjalankan kebaikan sesama insan.
Namun bagi Azmi Mat Napiah hati dan perasaannya rasa puas serta tidur lena dengan nyenyak bila dapat membantu masyarakat yang memerlukan pertolongan.

Rumah yang disewa oleh Pewaris sekarang demgan harga RM200 sebulan.

Kenderaan yang digunakan untuk kecemasan oleh penghuni Pewaris sekarang.
"Saya merasa tenang dan lega bila dapat melakukan kebaikan kepada mereka yang memerlukan terutama wanita warga emas," katanya.
Berasal dari Kampung Baru Batu 17, Mukim Tunjang di Jitra, Kedah Azmi mengambil inisiatif menubuhkan Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Langkasuka, Kubang Pasu (Pewaris).
"Pewaris ditubuhkan pada 15 Februari 2021 untulk memberi tempat berteduh kepada warga emas wanita yang memerlukan perhatiam dan kasih sayang," ujar Azmi lagi.
Bertemu jodoh dengan Noridzah Ali, Azmi dikurniakan 4 orang 3 perempuan dan seorang lelaki yang bongsu. Jawatan terakhir Azmi sebagai Pegawai Khas Menteri Agama
ini memberitahu, Pewaris sudah mendapat lesen untuk beroperasi.
"Insya-Allah Januari 2026, Pewaris akan dapat lesen rasmi tersebut kerana semua dokumen telah dihantar dan secara dasar semuanya selesai dan menepati syarat Jabatan Kenajikan Masyarakat (JKM), jelasnya.
Sebagai pengasas dan pentadbir, Azmi memberitahu Pewaris diurus secara persendirian dan berkonsep kebajikan.
"Rumah yamg digunakan sekarang disewa dengan bayaran RM200 sebulan,' sambung Azmi.

Azmi Mat Napiah

Ruang dapur
Menurut Azmi setakat ini Pewaris menjaga 5 orang penghuni tetap dengan beberapa staff lain termasuk seorang pengurus asrama, seorang tukang masak/warden, seorang pembimbing agama dan seorang pembantu kebersihan.
"Setakat ini, penghuni dihantar oleh keluarga dan seorang dihantar oleh JKM.
"Dijangka seramai 10-15 orang penghuni baharu akan masuk selepas Pewaris dapat lesen Januari 2026 nanti,' tambah Azmi
Mengenai perbelanjaan, Azmi memberitahi Pewaris memerlukan kira-kira RM6,500 sebulan termasuk makan minum, belanja mengurus (elaun), pembaikan kecil, pakaian, utilities dan rawatan perubatan.
Sementara maintainance dan sebagainya anggarannya dalam RM500.00 sebulan.
"Buat masa sekarang sumbangan dan derma orang ramai membantu menampung pengurusan Pewaris.
'Tetapi kami sangat memerlukan sumbangan dalam bentuk kewangan, peralatan, makanan dan lain-lain yang kini mencecah RM7,500.00 sebulan," ujar Azmi lagi
Aktiviti yang ada di Pewaris adalah pengajian agama setiap pagi dan petang kecuali hari Sabtu termasuk bimbingan solat, bacaan Mukaddam/al-Quran, Tajwid Al-Quran dan Bacaan Hadis.
Menurut Azmi, kelas tersebut juga terbuka kepada masyarakat wanita sekitar yang ingin menghadiri Kuliah Quran Harfiyah (Khamis petang), Kuliah Fardhu Ain (Pagi Jumaat) dan Kuliah Bimbingan Solat (Isnin petang).

Bilik penginapan

Penghuni berehat di bilik
Bagi memberi keselesaaan kepada penghuni Pewaris, Azmi berharap masyarakat dan orang ramai dappat membantu menghulurkan sumbangan supaya kerja-kerja pembaikan kecil termasuk pembaikan bumbung, naik taraf bilik air serta pembinaan Dewan Pengajian yg lebih selesa dapat dilakukan secepat mungkin.
"Memandangkan jumlah penghuni akan meningkat, saya berharap dapat memgumpul sumber kewangan yang mencukupi bagi memulakan kerja-kerja penambahbaikan ruang penginapan penghuni dan ruang pengajian yang baharu dan lebih selesa, " tambahnya.
Pewaris juga telah membeli sebidang tanah seluas 2 relong untuk membina kompleks asrama dan pelan telah tersedia ada.
"Kosnya RM2.9 juta. Selain blok pentadbiran dan blok dewan makan, kita akan bina sebuah blok utk warga emas lelaki, sebuah blok warga emas wanita dan sebuah blok khas utk warga emas wanita yang terlanjur dan dengan sukarela ingin kembali ke pangkal jalan," jelas beliau.
Selain dari itu Pewaris juga memerlukan sebuah van yang lebih selesa untuk kegunaan penghuni tetutama pada masa kecemasan.
"Saya sangat berharap semua pihak termasuk masyarakat, pihak swasta, GLC dan kerajaan dapat membantu Pewaris merealisasikan kerja baik ini sebagai persiapan Malaysia menjadi Negara Tua di tahun 2030 nanti." ujar Azmi lagi.

Penghuni tetap Pewaris

Kuliah agama untuk penghuni dan terbuka kepada wanita tempatan juga.
Orang ramai yang berhajat menyumbang boleh menghubungi Azmi menerusi 012-4297510 atau memasukkan bantuan tunai kepada akaun bernombor 106670015028 dengan Affin Bank yang didaftar atas nama Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Langkasuka, Kubang Pasu (Pewaris). - KitaReporters